Audio Pendidikan

Audio Pendidikan

By Kementerian Pendidikan MalaysiaEducation
Download on the App Store

Audio Pendidikan episodes

  • Bahasa Melayu Tahun 5 - Kata Nafi

    Tajuk ini akan membincangkan tentang aspek tatabahasa iaitu Kata Nafi. Kata Nafi boleh dibahagi kepada dua iaitu bukan dan tidak. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang penggunaan Kata Nafi bukan dan tidak dengan betul. Pentaksiran berbentuk formatif juga diberikan setelah selesai satu-satu sub-topik dibincangkan.

    25 min
  • Bahasa Melayu Tahun 4 - Puisi: Pantun

    Pantun merupakan bahan sastera yang menyerap keindahan dan kesantunan bahasa. Penyampai akan menerangkan asal usul pantun, jenis – jenis pantun dan langkah – langkah mudah membina pantun. Pentaksiran berbentuk struktur dan suai padan pada akhir pengajaran.

    24 min
  • Bahasa Melayu Tahun 4 - Kata Sendi Nama

    Tajuk ini membincangkan tentang cara mengenal pasti kata sendi nama. Selain itu, tajuk ini juga akan menjelaskan tentang penggunaan kata sendi nama dengan betul untuk membina ayat. Murid-murid turut dibimbing menyebut kata sendi nama dengan sebutan dan intonasi yang betul. Seterusnya, pentaksiran berbentuk formatif diberikan setelah topik selesai dibincangkan.

    23 min
  • Bahasa Melayu Tahun 1 - Tatabahasa: Kata Ganti Nama Diri

    Tajuk Kata Ganti Nama mendedahkan keperluan murid Tahun Satu untuk memahami dua aspek penting dalam kata ganti nama iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk. Objektif pengajaran kata ganti nama kepada murid Tahun Satu bertujuan supaya murid dapat mengenal pasti penggunaan kata ganti nama diri mengikut kepelbagaian konteks yang disediakan. Murid juga didedahkan dengan jenis kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama tunjuk umum dan tempat.

    28 min
  • Bahasa Melayu Tahun 1 - Tatabahasa: Kata Nama Am

    Tajuk ini membincangkan tentang cara mengenal pasti kata nama am mengikut lima jenis kumpulan. Selain itu, tajuk ini juga membincangkan tentang penggunaan kata nama am dengan betul dalam membina ayat. Murid-murid turut dibimbing menyebut kata nama am dengan sebutan dan intonasi yang betul. Seterusnya, pentaksiran berbentuk formatif diberikan setelah topik selesai dibincangkan.

    27 min
  • Bahasa Melayu Tingkatan 2 - Sajak: Kucari Damai di Sini

    Tajuk sajak Kucari Damai di Sini daripada Antologi Baik Budi Indah Bahasa ini akan membincangkan tentang maksud setiap rangkap sajak serta komponen sastera yang terkandung dalam sajak ini. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pemahaman berkaitan komponen sastera dalam sajak yang telah dipelajari. Pentaksiran berbentuk formatif juga diberikan setelah selesai satu-satu subtopik dibincangkan.

    26 min
  • EKONOMI: TINGKATAN 4 - Keanjalan Harga Permintaan

    Rancangan ini menjelaskan tentang konsep keanjalan harga permintaan dan membuat pengiraan mudah, menjelaskan keanjalan permintaan dengan rajah, menjelaskan penentu keanjalan harga permintaan, menerangkan hubungan dalam harga dengan perubahan dalam jumlah hasil bagi keanjalan yang berbeza.

    42 min
  • KOMSAS - Peminangan Puteri Gunung Ledang

    SINOPSIS

    Selepas kemangkatan Permaisuri, Sultan Mahmud berhasrat untuk beristeri lagi. Hasratnya itu telah dimaklumkan kepada Bendahara dan para pembesar istana. Setelah berbincang, Sultan Mahmud melahirkan hasrat untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang  untuk membezakannya daripada raja-raja lain. Baginda telah menitahkan Tun Mamat untuk melaksanakan tugas peminangan, bersama-sama Laksamana, Sang Setia dan beberapa orang Inderagiri.
    Setelah menempuh pelbagai rintangan, akhirnya hanya Tun Mamat dan dua orang pengiring sahaja yang berjaya tiba di puncak gunung Ledang. Tun Mamat telah menyaksikan pelbagai keajaiban sewaktu berada di puncak gunung tersebut. Tun Mamat mendapati buluh perindu berbunyi, bunga bunga menyanyi, balai diperbuat daripada tulang dan atapnya daripada rambut. Setelah diberitahu tentang syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh sultan sebelum berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang, Tun Mamat dan rombongannya telah kembali semula ke Melaka. Tun Mamat telah menyampaikan segala perkhabaran kepada Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melupakan hasratnya kerana tidak sanggup memberikan darah anakandanya sebagaimana yang dikehendaki oleh Puteri Gunung Ledang.


    25 min

About Audio Pendidikan

From the publisher's feed

Himpunan Audio Pendidikan terbitan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia