Kuliah Bahrul Mazi Jilid 14 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah pada 21hb Februari 2017.
~ Hadis yang diriwayatkan oleh cucu Saidina Umar
~ Nabi suruh Khalid Al Walid pergi berjumpa Bani Jazimah
~ Pakar menyusun strategi dan taktikal peperangan
~ Menang lebih dari 100 kali peperangan
~ Nilai "kiswah kaabah" (kelambu kaabah) 20 Juta Riyal Saudi
~ Allah tidak anugerahkan syahid, sebaliknya mati terlantar di katil
~ Masalah lidah keras warga Bangladesh
~ Salah faham dari perkataan "kami murtad"
~ Protes tak setuju untuk bunuh tawanan perang
~ Berlepas diri daripada apa yang dibuat oleh Khalid Al Walid
~ Kadang-kadang berlaku kes "anak buah terlebih daripada bos" (lebih sudu dari kuah)
~ Kisah Saidina Umar dengar bacaan Surah Al-Furqan yang berbeza
~ Makan kambing kuat - masalah cepat "hangat"
~ Petua bila kereta panas enjin - boh panadol dalam tangki air
~ Quran diturunkan dalam 7 cara bacaan
~ Semua kita pernah buat silap - tidak ada bumi yang tak ditimpa hujan
~ Setiap anak Adam (manusia) ada buat kesilapan
~ Manusia yang paling baik, ialah orang yang mengaku salah dan bertaubat bila buat kesalahan
~ Ada orang yang menonton kuliah untuk cari kesalahan
~ Contoh-contoh kesalahan yang pernah ustaz buat dalam kuliah
~ Suasana tidak tenteram dalam masyrakat, bila saling menyalahkan
~ Tafsiran berbeza disebalik lukisan 6 dan 9
~ Berlapang dada dan kurangkan pergeseran
~ Teguran yang beradab lebih membawa kebaikan
--- BAHRUL MAZI JILID 14 MUKA SURAT 68 ---
~ Bab Hadis berkaitan Berbekam
~ Berbekam - buang darah kotor adalah diharuskan dalam Islam
~ Bahagian badan yang menjadi tempat bekam Nabi
~ Hari yang Nabi pilih untuk berbekam
~ Setiap 17, 19 dan 21 hari bulan hijrah
~ Masa yang terbaik untuk buang darah kotor dari badan
~ Adakah berbekam itu disuruh oleh syarak
~ Masalah belah mulut (tahnik) bayi (adakah sunnah)
~ Punya cepat masa berjalan, tapi pahala kita masih perlahan
~ Malaikat tunggu di setiap lapisan langit
~ Diantara pesanan para malaikat ialah supaya berbekam
~ Bolehkah ambil upah sebagai tukang bekam
~ Cantiknya kitab bahrul mazi setiap tajuk disertakan dengan nas
~ Kisah ringkas tentang Ikrimah anak Abu Jahal
~ Isteri dan anak-anak tak ada kena mengena dengan kesalahan suami
~ Fitnah kepada Islam atas kesalahan orang Islam
~ Dasar kerajaan yang menyebabkan Doktor pakar lari
~ Upgrade status hidup bila ada duit (orang kaya ada tukang gunting rambut di rumah)
~ Perkongsian pengalaman ustaz berbekam buat kali pertama
~ Pengesahan dari Nabi tentang kemuliaan pekerjaan sebagai tukang bekam
~ Antara kebaikan bekam yang dijanjikan dalam hadis Nabi
~ Kalau kita kerja boleh tolong orang, merupakan kerja yang bagus
~ Besarnya manfaat bekam dalam ilmu perubatan
~ Hari-hari yang digalakan supaya berbekam
~ Dalam banyak-banyak benda, bekam adalah yang terbaik
~ Sesetengah masjid ambil budak-budak umur 7 tahun sebagai imam tarawih
~ Masa yang terbaik untuk berbekam adalah awal pagi sebelum bersarapan
~ Kesembuahan dan barakah - otak jadi cerdik, ingatan jadi kuat
~ Jauhi dari berbekam di hari Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad
~ Penyakit kusta dan sopak - selalunya bermula pada hari Rabu