#BorakFAMOUZ

#BorakFAMOUZ

By Izzat Azwar Bin NazriBusinessMarketing
Download on the App Store

#BorakFAMOUZ episodes

  • Episod 14 - FB Ads Untuk Small Business

    Apabila kita sedang layari laman Facebook kita akan terjumpa beberapa iklan di Facebook ataupun ‘FB Ads’. Macam mana untuk kita guna FB Ads? Anda sebagai usahawan kecil dan besar yang baru mesti tertanya kan? Oleh itu, kali ini kita belajar atau kenali secara ringkas apa itu FB Ads.

    7 min
  • Episode 9 - Konsep A.I.D.A Dalam Marketing

    Konsep AIDA dalam IKLAN.

    A = Attention / Awareness

    iaitu perhatian / kesedaran. Iklan kita mesti mampu menarik PERHATIAN sebelum boleh orang nak BACA. Biasanya kita guna ayat2 PELIK atau ayat yang merujuk / menjurus kepada suatu isu berkaitan PROSPEK (pembaca);

    Contoh : "Mahu Kekalkan Kecantikan Seperti 10 Tahun Dahulu?"

    I = Interest

    iaitu MINAT. Iaitu ayat yang membuatkan prospek minat untuk terus baca.

    Contoh : "Anda dah cuba macam-macam cara, tapi masih tak berjaya... anda hampir putus asa... tetapi jangan risau, kami ada penyelesaiannya yang HEBAT"

    D = Desire

    Kehendak / kemahuan yang tinggi - bila dah minat, kena wujudkan kemahuan yang tinggi untuk membeli. Boleh guna testimoni atau hasil penyelidikan saintifik dsb yang menyakinkan.

    Contoh : "Sudah ada 100 orang yang berjaya kurus dalam masa 1 bulan sahaja. (nyatakan antara testimoni yang berjaya).

    A = Action

    Kalau orang dah sangat berminat, tapi tak ada 'ayat' yang boleh menggerakkan mereka untuk bertindak 'SEKARANG' maka prospek akan 'BERTANGGUH'. Penangguhan prospek adalah kerugian bisnes.

    Dalam konteks ini, boleh gunakan IMPULSE FACTOR... ada 5 jenis IMPULSE FACTOR.

    Boleh juga gunakan kata-kata penegas tindakan / CTA (Call To Action) seperti 'Telefon / Whatsapp kami SEKARANG!!".

    10 min
  • Episod 6 - Macam Mana Nak Buat Content Kena Dengan Audience

    Anda pernah dengar tak mengenai Content Marketing? Biasa buat tak? Ke tak tahu langsung? Apa benda Content Marketing ni?

    Content Marketing adalah membina dan berkongsi informasi yang BERNILAI secara percuma kepada audiens. Ia digunakan untuk menarik dan tukarkan dari prospek ke pelanggan, akhirnya menjadi pelanggan setia. Jenis content yang anda kongsikan mestilah berkaitan dengan produk yang anda jual. Maknanya, anda EDUCATE fans anda supaya mereka PERCAYA, KENAL dan SUKA berurusan bisnes dengan anda.

    Content marketing telah pun menjadi perkataan biasa dalam dunia online bisnes sekarang ini. Teorinya mudah, anda suarakan pendapat anda dalam industri yang anda ceburi, seterusnya berikan perkongsian yang bagus dan bernilai agar audiens suka untuk berkomunikasi dengan brand anda.

    Maknanya, anda tulis perkongsian yang bermanfaat pada dinding Facebook, atau fanpage anda, dan jika perkara itu sesuai dengan audiens yang anda ada, mereka akan lebih SETIA dan PERCAYA dengan brand anda.

    9 min

About #BorakFAMOUZ

From the publisher's feed

Kenapa terbinanya podcast ni? Simple.