Membincangkan kedudukan Akhlak dalam beragama. Turut dibincangkan hubungan antara akhlak, ibadah dan beberapa akhlak yang utama dalam kehidupan bermasyarakat seperti menjaga lidah dan tangan
Kedudukan Ibadah dalam Islam dan peranan ibadah adalah untuk mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT. Antara perkara yang dibincangkan ialah tentang kepentingan menyegarkan ibadah dengan kefahaman yang jelas agar dapat mencapai tujuan pensyariatan ibadah yang sebenar.
Kepentingan Akidah sebagai asas kepada pensyariatan hukum dan pemula bagi setiap sesuatu dalam kehidupan manusia. Antara perkara yang dibincangkan ialah cara-cara mengenal Allah melalui ayat-ayat yang dibaca dan diperhatikan iaitu penciptaan manusia serta alam secara keseluruhannya.
Membincangkan dua dimensi kepatuhan manusia kepada Allah iaitu syariatullah yang merujuk kepada hukum-hukum yang disyariatkan dan sunnatullah yang merujuk kepada usaha juga ikhtiar manusia. Kedua-dua dimensi ini adalah penting untuk mengembalikan erti agama yang makin luntur. Untuk itu, satu oenstrukturan semula tentang kefahaman yang benar tentang agama amatlah penting.