HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

E03: “DENGAR SUARA ALLAH, JANGAN KERASKAN HATIMU” – Ibrani 3:7-19.


Listen Later

“DENGAR SUARA ALLAH, JANGAN KERASKAN HATIMU” – Ibrani 3:7-19.

Shalom!

Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Teks renungan pertemuan keluarga kali ini adalah Ibrani 3:7-19. Kita mengambil ayat 7-8 dan 15, sebagai tema penghayatan kita, “Dengar Suara Allah, Jangan Keraskan Hatimu.”

Dari teks pembacaan kita; terdapat bahawa tidak semua orang yang dipimpin Musa keluar dari Mesir memasuki “tempat perhentian Tuhan” yang dijanjikan. Antara mereka, ramai yang mati di padang gurun dalam 40 tahun perjalanan mereka, yang antaranya disebabkan ketidakpercayaan mereka; mengeraskan hati dan memberontak terhadap suara Tuhan.

Seperti Umat Israel yang dipimpin Musa, kita juga boleh keraskan hati dengan alasan bahawa tidak ada penghujung atau arahtuju perjalanan hidup manusia di dunia. Tidak ada kedatangan Tuhan di akhir zaman. Bahawa janji Tuhan tidak akan terjadi. Rasul Peterus dalam Suratnya yang kedua, 2 Peterus 3:3-15, menulis agar kita berwaspada agar tidak “teseret ke dalam kesesatan”, (2 Pet. 3:17). Kita meyakini rahmat Tuhan, dimana, “Tuhan bukannya lengah menepati janji, seperti sangkaan sesetengah orang, tetapi amat bersabar dengan kita, kerana Dia tidak mahu seorang pun binasa dan ingin semuanya bertaubat”, (2 Pet. 3:9, AVB).

Saya percaya, Allah telah dan sedang berbicara kepada kita semua. Alkitab, Firman Tuhan, yang ada dengan kita adalah antara bukti kasih anugerah-Nya. Ianya perlu dibuka, dibaca, dengan hati terbuka dan Dia yang mengilhamkan semua tulisan Alkitab akan berbicara. Saya percaya hidup kita akan melalui perubahan besar dalam kita mentaati apa yang kita dengar dari Tuhan semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini. Hidup selepas ini tidak akan sama dengan hidup kita sebelumnya. Kita mengalami “Pembebasan Kongkongan Pemikiran” dan akan terus diperbaharui oleh Dia yang menyelamatkan kita. Tindakan atau respons kita kepada pengalaman semasa menentu arahtuju kita dan keluarga kita. Biarlah kita mendengar, mengenal dan taat kepada suara Allah kepada kita.

Tuhan memberkati kita semua. Amen.

Lydia.

[Renungan Ibadah Keluarga 07 Mei 2020]

...more
View all episodesView all episodes
Download on the App Store

HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIABy Lydia Usun Ngimat