Sign up to save your podcasts
Or

“BERBAHAGIALAH MEREKA YANG TIDAK MELIHAT, NAMUN PERCAYA” – Yohanes 20:29
Shalom.
Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus.
Kita membaca Yohanes 20:19-29 dalam pertemuan kita kali ini; mengambil ayat 29 sebagai tema penghayatan kita; “Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namum percaya.”
Tuhan Yesus, setelah kebangkitan-Nya, menampakkan Diri-Nya kepada murid-murid-Nya dalam satu pertemuan mereka. Tomas tidak hadir dalam pertemuan itu dan tidak mempercayai berita baik yang disampaikan kepadanya oleh murid-murid yang hadir dalam pertemuan itu. Dia mahu melihat, menyetuh dan merasa untuk mempercayai (Yoh. 20:25).
Perbualan yang dicatat Yohanes dalam Yohanes 20 ini, mengajak kita semua untuk melihat diri kita sebagai satu dari watak dalam cerita. Kita boleh melihat diri kita sebagai Tomas atau sebagai murid-murid yang lain atau sebagai pemerhati perjalanan satu peristiwa. Jika kita mengambil watak Tomas hari ini; apakah yang membuat kita ragu-ragu akan kebenaran Firman Tuhan yang kita dengar dan baca dari Alkitab yang ada dengan kita? Adakah jawapan-jawapan doa yang ditunggu-tunggu menjadi hambatan? Tidak ada bukti bahawa Allah mendengar doa-doa kita.
Tuhan mengenal hati kita, dan seperti Tomas kita percaya bahawa Tuhan boleh mengenapi keinginan-keinginan hati kita yang tulus ikhlas. Dalam rahmat dan anugerah-Nya Tuhan Yesus menampak Diri-Nya kepada Tomas. Maka untuk kita hari ini Yohanes mencatat kata-kata Yesus, “Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namum percaya.”
Firman Tuhan memberitahu kita bahawa, “sesiapa yang datang kepada Allah mestilah beriman bahawa Allah wujud dan Dia memberikan ganjaran kepada mereka yang berusaha untuk mencari-Nya”, Ibrani 11:6, AVB. Dan, “Iman adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat.” Ibrani 11:1, ITB. Tuhan mengenal hati anda dan sesiapa “yang berusaha mencari-Nya”.
Tanpa melihat bukti, Abraham mempercayai janji Allah, [rujuk juga Ibrani 11:39-40].
“Abram percaya kepada TUHAN dan TUHAN memperhitungkan hal itu baginya sebagai perbenaran”, Kejadian 15:6 (Roma 4:3, 22).
Hari ini, dalam kita merentasi cabaran-cabaran terkini, panggilan untuk kita adalah untuk menyakini dan percaya bahawa Allah mengenapi janji-janji dalam Firman-Nya. Tuhan Mahakuasa, Mahahadir, Mahatahu. Tuhan menyertai kita. Tuhan bersama kita dalam perjalanan hidup kita.
Dan kepada kita Yesus berkata, “Diberkatilah orang yang percaya walaupun tidak melihat-Ku!”, (Yohanes 20:29, AVB). Kepercayaan itu dinyatakan dalam pengakuan kita, “Ya Tuhan-ku! Ya Allah-ku!”, (Yohanes 20:28).
Tuhan memberkati kita semua. Amen.
Lydia.
[Firman Tuhan dikongsikan melalui Whatsapp Group untuk Ibadah Keluarga pada 03 Mei 2020, Ahad 8.00 PM]
By Lydia Usun Ngimat“BERBAHAGIALAH MEREKA YANG TIDAK MELIHAT, NAMUN PERCAYA” – Yohanes 20:29