HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

E15: HIDUP YANG SEDANG KITA JALANI MENCERMIN SIKAP HATI KITA - Lukas 8:4-15.


Listen Later

Podcast Guest: Pr Usun Anyie.


HIDUP YANG SEDANG KITA JALANI MENCERMIN SIKAP HATI KITA. [“Mari Menyelidiki Hati Kita”, Lukas 8:4-15.]

Shalom!

Berbanyak terima kasih kepada Pr Usun Anyie yang meluang masa untuk menyampai Firman Tuhan kepada kita hari ini.

Sinopsis perkongsian: Renungan kita adalah dari Perumpamaan Penabur, perumpamaan Tuhan Yesus dari Lukas 8:4-15.

Kita diajak untuk menyelidiki keadaan hati kita sekarang dan dari masa ke masa. Tempat jatuhnya benih itu (Firman Tuhan yang ditabur), memperlihatkan sikap dan hati kita (tanah tempat benih ditabur) berhadapan dengan panggilan menjadi murid-murid Tuhan yang sejati.

Amsal 27:19, “seperti air mencerminkan wajah, demikianlah hati manusia mencerminkan diri manusia itu.”

Amsal 4:23, “jagalah hatimu lebih daripada segalanya, kerana dari situlah terpancar mata air kehidupan.”

Keadaan atau sikap hati kita, memiliki peranan penting dalam perjalanan hidup kita. Apa yang terjadi dengan hidup kita sangat bergantung kepada apa yang ada di hati kita. Bahkan gambar hidup yang sekarang kita jalani adalah juga cermin hati kita.

Soalan diaju untuk kita renungkan; bagaimanakah rupa hati kita, tanah tempat Firman Tuhan jatuh? Keadaan dunia kita dan keadaan kita secara peribadi boleh mencabar dan mengoncang iman kita. Tetapi apabila kita memiliki kebenaran Firman Tuhan kita tidak akan goyah kerana goncongan kepada iman kita. Benih yang tertanam di hati yang baik pasti bertumbuh dan berbuah lebat (Efesus 2:10).

Saudara, Saudari yang dikasihi apapun yang ada sedang lalui ketika ini, “marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya”, Ibrani 4:16.

Tuhan memberkati.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsikan pada Kebaktian Hari Ahad, 17 Mei 2020, 10.00 AM]

...more
View all episodesView all episodes
Download on the App Store

HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIABy Lydia Usun Ngimat