Sign up to save your podcasts
Or

“Prinsip Keibubapaan Dari Perspektif Alkitab : Kasihilah TUHAN” – Ulangan 6:1-9
Shalom! Keluarga besarku yang dikasihi. Firman Tuhan yang kita hayati hari ini adalah Ulangan 6:1-9. Kita akan melihat apa yang disebut “Perintah / Pengakuan Yang Utama” sebagai sandaran kita untuk mengenal antara prinsip-prinsip keibubapaan dari pandangan Alkitab.
“Dengarlah, wahai Israel! TUHAN ialah Allah kita. TUHAN itu esa. Kasihilah TUHAN, Allah-mu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dan dengan sepenuh kekuatanmu. Simpanlah dalam hatimu kata-kata yang kusampaikan kepadamu pada hari ini. Ajarkanlah kesemuanya dengan saksama kepada anak-anakmu dan bicarakanlah semua itu ketika engkau duduk di rumahmu, ketika engkau dalam perjalanan, ketika engkau berbaring, dan ketika engkau bangun. Ikatkanlah semua itu sebagai tanda peringatan pada tangan dan dahimu, kemudian tuliskanlah pada tiang-tiang pintu rumahmu dan pada pintu-pintu gerbangmu.” Ulangan 6:4-9.
“Ketahuilah, anak-anak ialah warisan daripada TUHAN..” Mazmur 127:3.
Kita berada di zaman yang sangat sibuk, dan sekiranya kita tidak berjaga-jaga, anak-anak dan seterusnya keturunan kita akan terabai. Firman Tuhan mengatakan bahawa anak-anak adalah warisan daripada TUHAN; Mazmur 127:3. Panggilan kita sebagai ibu dan bapa adalah untuk menjaga serta mengurus dengan baik berkat dan warisan yang Dia hadiahkan kepada kita.
Alkitab adalah bukti kasih kurnia (evidence of grace) yang ada dengan kita. Dalamnya kita menerima kata-kata Tuhan tertulis dan seterusnya hikmat dalam arahtuju kehidupan kita. Ulangan 6:4-9, merupakan petikan Firman Tuhan yang perlu kita sebagai ibu dan bapa hidupi agar anak-anak dan seterusnya anak-anak kepada anak kita boleh perturunkan kepada keturunan-keturunan mereka. Ulangan 6:4-9, adalah Firman Tuhan dan prinsip keibubapaan yang perlu kita ketahui, kenal dan lakukan.
Yang utama, untuk kita sebagai Ibu dan Bapa adalah mengasihi TUHAN; “Dengarlah, wahai Israel! TUHAN ialah Allah kita. TUHAN itu esa. Kasihilah TUHAN, Allah-mu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dan dengan sepenuh kekuatanmu. Simpanlah dalam hatimu kata-kata yang kusampaikan kepadamu pada hari ini.” Itu juga lah jawapan Tuhan Yesus yang dicatat Injil ketika ditanya mengenai perintah yang terutama (Matius 22:36-38) - “Kasihilah Tuhan, Allah-mu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu dan dengan sepenuh fikiranmu.”Keibubapaan bukan sekadar satu senarai arahan, “buat” atau “jangan”, tetapi kita perlu dilihat oleh anak-anak sebagai ibu dan bapa yang mengasihi TUHAN dengan sepenuh hati, jiwa, kekuatan, fikiran. Kitalah teladan bagi anak-anak kita.
Anak-anak adalah anugerah, hadiah Tuhan kepada kita, dan dari Firman Tuhan kita diyakinkan bahawa, “segala pemberian yang baik dan sempurna diturunkan dari syurga oleh Bapa, sumber segala cahaya. Dia tidak berubah dan tidak seperti bayangan yang berubah-ubah bentuknya” – Yakobus 1:17. Dalam anugerah Tuhan kita diberkati dengan anak-anak, dan kita percaya Tuhan memiliki rencana baik bagi anak-anak ini yang dilaksanakan melalui kita. Halleluyah!
Marilah kita “tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya”, Ibrani 4:16.
Tuhan memberkati semua.
Lydia.
[NOTA: Firman Tuhan ini telah dikongsikan, 01 May 2020, dalam Whatsapp Group Keluarga untuk renungan Persekutuan Keluarga.]
By Lydia Usun Ngimat“Prinsip Keibubapaan Dari Perspektif Alkitab : Kasihilah TUHAN” – Ulangan 6:1-9