Sign up to save your podcasts
Or

Shalom!
Hari ini kita membaca Zakharia 4. Tajuk perbualan kita adalah, “Membina Kehidupan Semula – Menyerah Masa Depan Kedalam Pimpinan Roh Tuhan.”
Zakharia adalah seorang nabi yang melayani Tuhan dalam tahun-tahun sekembalinya umat Israel ke Yerusalem dari 70 tahun tawanan di Babylon. Dia dan nabi Haggai melayani umat Tuhan pada masa yang sama. Secara ringkas, mesej Zakharia adalah untuk mendorong umat Tuhan yang kembali ke Yerusalem untuk meneruskan dan untuk menyiapkan pembinaan semula Bait Allah yang sudah dirosak. Ezra 3:8, mencatat kerja untuk membina semula sudah dimulai, tetapi sesudah lebih kurang 16 tahun, pembinaan itu terbengkalai.
Empatbelas Bab Buku Zakharia boleh dibagi kepada 2 bahagian, bab 1 – bab 8, adalah mesej untuk mendorong umat yang kembali dari buangan untuk bertaubat dari dosa dan menerima pengampunan Tuhan. Tumpuan mesej bab 9 – bab 14 adalah perbuatan Tuhan di zaman-zaman akhir dan bagaimana umat Tuhan patut hidup, mengetahui bahawa mereka akan pada satu hari menghadap Tuhan muka dengan muka.
Sama seperti Haggai, Zakharia memanggil umat Tuhan yang kembali dari buangan, untuk mengutama pembinaan semula Bait Allah. Di bab 1:1-6, Buku Zakharia bermula dengan ajakan dan penggilan mendalam agar umat Israel yang kembali dari buangan bertaubat. Seterusnya adalah penglihatan yang diberi kepada Zakaria, dari 1:7 hingga 6:15. Setelah itu, hingga bab 14, adalah jawapan berkaitan puasa dan diakhiri dengan mesej dan nubuatan tentang akhir zaman.
Bab 4, yang kita baca, adalah kemuncak dari antara 8 penglihatan Zakharia. Mesej asas penglihatan dalam Zakharia bab 4 ini adalah, bahawa pembinaan semula hingga siapnya Bait Allah tidak bergantung kepada keperkasaan dan kekuatan manusia, tetapi kepada Roh Tuhan, ““Bukan dengan kegagahan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan Roh-Ku”, Firman Tuhan alam semesta.” Zakharia 4:6. Dengan itu kita akan melihat 3 perkara mengenai prinsip pembinaan semula Bait Allah itu, sambil kita hayati bagaimana Tuhan berbicara dengan kita mengenai masa depan kita, dalam kita memulai hidup baru selepas peristiwa PKP kerana Covid-19 ini.
Pertama adalah, Tuhan mengenapi kerja-Nya melalui Roh Tuhan, Zakharia 4:1-6. Kedua, permulaan yang kecil tidak boleh diremehkan, Zakharia 4:7-10. Dan, ketiga, Tuhan melihat dan mengutama umat-Nya dan manusia sejagat dengan memberi kekuatan kepada mereka melalui Roh-Nya, bukan institusi mereka sahaja, Zakharia 4:11-14.
Tuhan akan mengenapi tujuan dan rencana-Nya melalui kita. Kita yang Dia sedia, diperlengkapkan-Nya sendiri untuk membina semula umat Tuhan yang mengasihi Tuhan, taat kepada Tuhan, untuk memuliakan Tuhan. Tuhan meratakan gunung-gunung untuk Zerubabel. Begitu juga, Tuhan akan mengenapi rencana Dia sendiri melalui kita apapun cabaran dan rintangannya. Tuhan mengutamakan kita, manusia sejagat. Dia sendirilah yang mengurapi kita untuk mengenapi rencana-Nya.
Dalam kita membina kehidupan semula – serahkan masa depan kedalam pimpinan Roh Tuhan. Apakah rencana Tuhan bagi anda? Keluargaku yang dikasihi, Tuhan Yesus telah membuka jalan agar kita dapat menghadap takhta Allah dan mengenal Dia, maka “marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya”, Ibrani 4:16.
Haleluyah! Puji Tuhan!
Tuhan memberkati.
Lydia.
[Firman Tuhan yang dikongsikan dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, Ahad 24 Mei 2020]
By Lydia Usun NgimatShalom!