Sign up to save your podcasts
Or

Shalom!
Keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Apa khabar semua?
Dalam pertemuan kali ini saya membaca satu nasihat daripada Amsal 24:27 sebagai renungan kita bersama dan sebagai pengenalan kepada topik-topik khas mengenai perkhawinan yang kita akan hayati dari masa ke masa. Walaupun saya tuju mesej ini secara khusus kepada anak-anak kita, saya harap ianya akan menjadi pembuka bicara bagi ibu-bapa dan anak-anak berbincang hati ke hati mengenai arahtuju anak-anak dan keluarga berdasarkan anugerah Tuhan.
Saya membuat tajuk perbualan kita sebagai “O Mama Saya Mahu Kahwin – Melakar Keutaman Hidup”.
Bagi kami yang tua, mungkin ada yang kenal bahawa, “O Mama Saya Mahu Kahwin” adalah tajuk satu lagu popular pada zaman kami.
Terjemahan Baru Indonesia, Amsal 24:27, berbunyi, “Selesaikanlah pekerjaanmu di luar, siapkanlah itu di ladang; baru kemudian dirikanlah rumahmu.”
Dari Alkitab Versi Borneo, “Aturlah pekerjaanmu diluar, siapkanlah ladangmu, kemudian baru bina rumahmu.”
Dan dalam Bahasa Malaysia – Berita Baik, “Jangan bina rumah sebelum ladang kamu siap. Jangan dirikan rumah tangga sebelum kamu sanggup mencari nafkah.”
Amsal 1:8 memberitahu kita kepada siapa, nasihat-nasihat buku Amsal ditujukan. Amsal 1:8 berbunyi, “hai anakku, dengarkanlah didikan ayahmu, dan jangan menyia-nyiakan ajaran ibumu…” Jadi kita boleh singkapkan bahawa Amsal 24:27 adalah nasihat Ibu-bapa kepada anak-anak mereka. Inti nasihat adalah, bina atau bangunkan sumber pendapatan dahulu sebelum kita mendirikan rumahtangga atau berkahwin. Kami kerap memberi Amsal 24:27 ini sebagai panduan kepada anak-anak yang pergi jauh dari keluarga untuk menyambung persekolahan mereka, dan nasihat ini kami ringkas kepada tiga perkara: (1) Sekolah, (2) Nafkah, dan (3) Rumah. Iaitu, kita perlu mengatur keutamaan atau priorities, dan tumpukan usaha kita kepada perkara yang perlu didahulukan, langkah demi langkah dengan sabar dan bertanggungjawab.
Satu-satu rumahtangga memerlukan sumber untuk menampung keperluan-keperluan asas, seperti makanan, tempat diam dan pakaian. Dan seterusnya, kemudian, untuk menyekolahkan anak-anak seperti tanggungjawab ibu dan bapa anda hari ini. Secara umum ramai dari kita memerlukan tempat kerja untuk mendapat wang untuk membeli keperluan kita. Dan untuk mendapat pekerjaan, kita perlu belajar sekurang-kurangnya untuk membaca, menulis dan mengira. Kita perlu tumpukan kepada persekolahan dan pelajaran kita terlebih dahulu, agar kita peroleh satu kemahiran untuk mendapat kerja. Usaha kita di sekolah membolehkan kita untuk mendapat pekerjaan (sumber nafkah kita). Dan bilamana kita ada sumber pendapatan, dirikan rumahtangga.
Mendirikan rumahtangga adalah satu perkara yang mulia, dan dari Amsal 18:22, kita membaca “sesiapa yang mendapat isteri, mendapat sesuatu yang baik; serta memperoleh keredaan TUHAN.”
Anak-Anak yang kami kasihi, kerinduan setiap ibu-bapa adalah untuk menimang cucu-cucu dan cicit-cicit. Walaupun ada mereka yang tidak sebutkan, nasihat-nasihat yang ibu-bapa beri agar anda “belajar rajin-rajin” dan tumpukan kepada sekolah anda, adalah tanda betapa mereka mengasihi anda. Jadi serahkah keutamaan dan masa depan anda kepada Tuhan.
Tumpukan kepada apa yang anda harus lakukan dahulu, Sekolah, Nafkah, dan seterusnya, Rumah. Tuhan ada dalam ketiga-tiganya, itulah sebab pemazmur mengingatkan kita begini, “Melainkan TUHAN mendirikan rumah, sia-sialah tenaga orang yang membinanya”, Mazmur 127:1.
Tuhan memberkati semua. Amen.
By Lydia Usun NgimatShalom!