Sign up to save your podcasts
Or

Shalom! Keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Apa khabar semua?
Kita menyambung perbualan tentang perkahwinan. Dalam Bahagian Pertama, “O Mama Saya Mahu Kahwin – Melakar Keutamaan Hidup”, kita melihat dari Amsal 24;27 tiga perkara, bermula dengan sekolah untuk mendapat kemahiran, seterusnya kesanggupan untuk mencari nafkah untuk memulai satu rumahtangga, dengan mengandalkan Tuhan dalam segala-galanya.
Hari ini, kita melihat perkara ketiga, mendiri rumahtangga untuk menghayati erti “kekudusan perkahwinan” sebagai persediaan anak-anak kita yang sedang merancang perkahwinan dalam masa-masa akan datang. Tajuk perbualan kita adalah, “O Mama Saya Mahu Kahwin – Menghormati Kekudusan Perkahwinan”.
Dalam upacara-upacara perkahwinan yang mungkin anda telah ikuti, kita hurai perkahwinan itu sebagai “Holy Matrimony” atau “Perkahwinan Kudus”. Dalam majlis perkahwinan yang diupacara oleh saya, pengertian yang perlu disebutkan dalam menjalankan upacara adalah: “Perkahwinan adalah ciptaan semulajadi Allah sebelum kejatuhan manusia dalam dosa. Sebagai ciptaan Allah perkahwinan adalah satu ‘perhubungan yang suci’ [a sacred union]; satu hal yang mulia yang ditentukan Allah, dimana seorang lelaki dan seorang perempuan dipersatu untuk hidup bersama dalam kekudusan dan kehormatan sebagai suami-isteri. Ia perjanjian melibat seorang lelaki, seorang perempuan, dan Tuhan. Ia bukan satu ikatan kontrak bersyarat, tetapi satu perjanjian yang hidup, “a living covenant”. Satu perjanjian untuk kekal bersama sebagai suami-isteri diikrar di hadapan Tuhan [Marriage as instituted by God is not a conditional contractual arrangement but a life-long covenant between a husband and a wife made before God.].” (Rujukan Lanjut: Kostenberger, Andreas J. 2010. God, Marriage, And Family. Illinois: Crossway.)
Iaitu, kita melihat perkahwinan itu kudus. Justeru, jika perkahwinan itu kudus, rumahtangga yang kita bina adalah kudus (sacred), dan seterunya setiap keluarga berada dalam suasana kekudusan.
Dari Efesus 5:25-26, kita melihat “kekudusan” sebagai perkara yang kita perlu dalami untuk mengerti tujuan perkahwinan. Di sini kita diberitahu bahawa Kristus telah menyerahkan diri-Nya bagi jemaat, iaitu kita, untuk menguduskan kita supaya jemaat kudus dan tidak bercela. Dalam ertikata lain, satu proses pengudusan terjadi dalam rumahtangga. Proses transformasi terjadi dalam pimpinan Roh Tuhan. Kita dibentuk dalam keluarga kearah rupa-Kristus (Christlikeness).
Jadi untuk anak-anak yang merancang untuk berkahwin, ketahuilah ianya sesuatu niat yang sangat mulia. Perkahwinan dan rumahtangga adalah tempat kudus, tempat dimana pembangunan kerohanian terjadi, kita dibentuk dan bertumbuh kearah rupa-Kristus.
2 Korintus 3:17-18: “Tuhan ialah Roh; dan di mana ada Roh Tuhan, di situlah ada kebebasan. Kita semua melihat kemuliaan Tuhan tercermin dengan wajah yang tidak berselubung, dan kita diubah menjadi serupa dengan-Nya dalam kemuliaan yang kian besar, oleh Roh Tuhan.” Roh Tuhan memimpin dan membentuk kita dalam perkahwinan. Perkahwinan adalah bukti anugerah Tuhan, dimana kita dimurnikan dalam rencana Tuhan sendiri.
Saudara, Saudari, Keluarga besarku yang dikasihi, lihatlah perkahwinan sebagai sesuatu yang kudus, hormatilah kekudusan perkahwinan dan rumahtangga.
Tuhan memberkati semua.
Lydia.
By Lydia Usun NgimatShalom! Keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Apa khabar semua?