Kenapa belum pergi haji lagi? "Oh, belum ada seruan." "Oh, belum mampu lagi." Ada pula yang mampu melancong tiap tahun ke luar negara. Tapi masih tiada perancangan ke haji, sebab mungkin rasa mahal. Atau ada juga komen-komen seperti, "bolehlah awak gaji besar, mampu pergi haji." Betul ke macam tu? Sempena Eid Adha kali ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi tips dan hakikat yang sebenarnya setiap dari kita sebenarnya mampu menunaikan rukun Islam kelima ini dalam usia yang muda...