Tahun ini merupakan tahun kedua umat Islam Singapura tidak dapat menunaikan haji berikutan pandemik Covid-19. Namun tidak salah untuk setiap dari kita mengimpikan ke tanah suci kan? Maka sempena musim bulan haji ini, dengarkan episod sangat istimewa kali ini yang akan menyingkap pengalaman peribadi Ustaz Yusri dan Marina Yusoff semasa menunaikan haji bersama. Bermula dari peristiwa visa haji yang diterima pada saat-saat akhir, kursus haji express 2 jam, peristiwa jamban runtuh semasa ribut di...