Financial Faiz

Financial Faiz

By Faiz AzmiEducation
Download on the App Store

Financial Faiz episodes

  • [S04:E04] Apa sebenarnya berlaku pada bil elektrik kita? - Datuk Ir. Kamal Arifin, CReO TNB

    Bil elektrik berubah, AFA pula jadi bualan. Tapi berapa ramai sebenarnya yang faham apa maksud semua ni?
    Kenapa bil sesetengah orang berubah? Ada yang banyak, ada yang sikit je. Apa kaitan harga bahan api dunia dengan bil elektrik kita? Dan macam mana nak tahu sama ada penggunaan elektrik kita dah optimum?
    Podcast Financial Faiz kali ni bersama dengan Datuk Ir. Kamal Arifin A. Rahman, Chief Retail Officer TNB untuk jawab persoalan yang ramai pengguna nak tahu, termasuk cara memahami bil elektrik dan pilihan seperti Time-of-Use (ToU).
    Jom dengar penjelasan daripada pihak TNB sendiri.


    Timestamp:

    (00:00) Intro

    (03:40) Faktor kenaikan penggunaan elektrik

    (06:30) Cuaca panas & kesan terhadap bil elektrik

    (10:00) AFA: Punca kenaikan dan cara ia berfungsi

    (13:30) Rebat & surcaj AFA: Siapa yang menanggung kos?

    (16:30) Kesan penggunaan melebihi 600 kWh

    (18:00) Kenapa bil elektrik naik mendadak?

    (20:00) Perlindungan bil elektrik sehingga 800 kWh

    (22:00) Subsidi AFA: Siapa yang tanggung kos?

    (26:00) Penggunaan elektrik & caj tambahan melebihi 800 kWh

    (28:00) Cara pantau penggunaan elektrik melalui MyTNB

    (30:00) Skim TOU: Cara jimat bil elektrik

    (34:00) Adakah TOU menguntungkan pengguna dan TNB?

    (36:30) Cara kurangkan penggunaan elektrik di rumah

    (38:30) Solar, ATAP & bateri untuk penjimatan elektrik

    (42:00) Penjimatan tenaga untuk pengguna dan negara

    (44:00) Kestabilan bekalan elektrik


    46 min
  • [S04:E03] Gaji minimum RM2,000, cukup ke untuk rakyat Malaysia? - Datuk Seri Amir Hamzah

    Belanjawan 2027 memperuntukkan sebanyak RM459.8 bilion, dengan pelbagai inisiatif yang bakal memberi kesan kepada kehidupan rakyat dan perkembangan ekonomi negara. Namun, sejauh mana peruntukan ini mampu menangani isu gaji minimum RM2,000, kos sara hidup dan tekanan kewangan yang dihadapi golongan M40?


    Selain itu, perbincangan turut menyentuh isu kecukupan simpanan KWSP untuk persaraan, peningkatan kes penipuan kewangan yang menyasarkan pesara serta usaha kerajaan mengurangkan defisit fiskal negara. Tidak ketinggalan, peranan bantuan STR dan SARA serta sokongan pembiayaan kepada PMKS dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.Tidak dilupakan juga usaha kerajaan untuk memperkasa PMKS dan memastikan bantuan serta kemudahan pembiayaan sampai kepada golongan sasaran.


    Podcast Financial Faiz kali ini bersama YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan 2, untuk membincangkan persoalan berkaitan cukai pendapatan, perbandingan SST dan GST serta perbelanjaan subsidi kerajaan yang mencecah RM80 bilion.


    Timestamp:

    (00:00) Isu gaji minimum & Belanjawan 2027
    (04:31) Kenaikan gaji minimum & pengecualian PMKS
    (12:12) Peluang pekerjaan & perkembangan industri tempatan
    (21:04) Automasi vs pekerja asing
    (27:04) Kenaikan gaji & kesan inflasi
    (33:12) Pengurangan cukai untuk golongan M40
    (42:10) Keadilan cukai & manfaat kepada rakyat
    (44:00) GST vs SST: Perlukah GST diperkenalkan semula?
    (49:00) Subsidi kerajaan: RM80 bilion untuk rakyat
    (55:07) Subsidi vs pembangunan negara
    (59:54) Defisit fiskal & hutang kerajaan
    (1:10:08) Pelaburan GLIC untuk pembangunan negara
    (1:14:56) Persediaan persaraan & simpanan KWSP
    (1:20:17) Malaysia menuju negara menua
    (1:25:01) Siapa akan menjaga warga emas?
    (1:29:53) Pengurangan cukai untuk PMKS

    1 hr 34 min
  • [S04:E02] Urus harta ikut Islam: Apa yang ramai terlepas pandang? - Mufti Selangor, CEO ASNB

    Mengurus harta bukan sekadar tentang berapa banyak yang kita mampu kumpul, tetapi juga bagaimana kita menjaga, melindungi dan mengagihkannya mengikut tuntutan Islam.
    Inisiatif Solusi Kewangan Islam ASNB merangkumi pelbagai aspek pengurusan harta, daripada pembayaran zakat dan perlindungan kewangan keluarga hinggalah kepada perancangan pewarisan harta. Kini, ASNB turut memudahkan pelabur Muslim menunaikan zakat melalui pengenalan Kelas B, yang membolehkan urusan pembayaran zakat diuruskan oleh ASNB.
    Podcast Financial Faiz kali ini mengupas bagaimana pelabur boleh memahami pelaksanaan zakat ini serta peranan zakat dalam perancangan kewangan Islam bersama dengan Mufti Selangor, Sahibus Samahah Prof Dato' Dr. Anhar Opir dan Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif ASNB, Encik Fadzihan Abbas.


    Timestamp:

    (00:00) Intro

    (03:58) Zakat ASNB

    (09:56) Kelas A vs Kelas B

    (12:00) Zakat al-Mustaghallat

    (18:01) Nisab, haul & bayaran zakat

    (24:01) Pelepasan cukai zakat

    (27:01) Kepentingan zakat

    (38:59) Pelaburan & perancangan kewangan

    (43:01) ASNB COVR & Hibah Amanah

    (47:57) Pengurusan harta waris

    (54:00) Hibah vs harta pusaka

    (57:02) Wakaf

    (59:02) Proses Hibah Amanah

    (01:02:05) Hukum hibah & pembahagian harta

    (01:07:57) Kempen ASNB

    (01:12:01) Pelaburan jangka panjang

    (01:12:59) Nasihat kewangan

    1 hr 17 min
  • Hutang RM18.4 bilion, AirAsia naikkan harga tiket penerbangan?

    Sign up dan buka akaun di sini:
    https://start.moomoo.com/0Bvkxu
    Sebelum buat first deposit, search “Special Deposit” dekat search button, kemudian masukkan kod FF77 dekat deposit page.
    Untuk deposit minimum RM1,000, korang dah boleh unlock ganjaran bernilai sehingga RM150.
    💰 Deposit RM1,000+ → RM100 Cash Coupon + RM50 Apple Shares
    💰 Deposit RM3,000+ → RM100 Cash Coupon + RM100 Apple Shares + RM50 Apple Shares
    💰 Deposit RM10,000+ → RM100 Cash Coupon + RM400 Apple Shares + RM100 Apple Shares
    💎 Deposit RM40,000+ → RM100 Cash Coupon + RM1,400 Apple Shares + RM100 Apple Shares
    Lagi tinggi deposit, lagi besar reward yang korang boleh unlock. Pastikan daftar melalui link di atas dan masukkan kod FF77 sebelum first deposit.
    Tertakluk kepada terma dan syarat.
    Saham AirAsia jatuh lebih 80%, daripada RM2.33 kini tinggal sekitar 45 sen seunit. Dalam masa yang sama, syarikat ini berdepan liabiliti RM18.4 bilion, sedangkan rizab tunainya hanya RM954 juta.
    Jadi, apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada AirAsia? Adakah kenaikan harga minyak, kelemahan Ringgit dan strategi pengurusan pesawat antara punca yang menjejaskan kedudukan kewangan mereka?
    Dalam video kali ini, kita bongkar tiga isu utama yang sedang menghimpit AirAsia, daripada keputusan untuk tidak lagi membuat hedging harga minyak, penjualan enam pesawat baharu tanpa leaseback, sehinggalah kepada persoalan mampukah AirAsia menyelesaikan masalah kewangan mereka tanpa bantuan kerajaan.


    Timestamp:

    (00:00) Intro
    (00:55) Iklan
    (01:54) Masalah 'hedging' minyak
    (03:27) Hutang yang berlipat kali ganda
    (05:53) Jual pesawat tanpa leaseback
    (07:08) Boleh ke Airasia bertahan?
    (08:37) Penutup

    10 min
  • Tiket flight murah, macam mana airline buat UNTUNG?

    Video ini disponsor oleh Wise. Untuk register, korang akan dapat free transfer bernilai RM2,500 apabila sign up menggunakan link di bawah.


    👉🏻 https://wi.se/financialfaiz-oct2026


    Pernah tak korang tengok harga tiket flight murah, tapi bila nak checkout tiba-tiba harga dah naik? Kenapa benda ni berlaku?


    Sebenarnya, industri penerbangan mempunyai pelbagai strategi untuk menjana pendapatan. Daripada caj bagasi, pemilihan tempat duduk dan makanan atas kapal terbang, sehinggalah kepada tiket Business Class dan program kesetiaan.


    Dalam video kali ini, kita bongkar macam mana syarikat airline buat duit, kenapa harga tiket boleh berubah dan apa beza model bisnes Low-Cost Carrier seperti AirAsia dengan Full-Service Carrier seperti Malaysia Airlines.


    Tonton sampai habis supaya korang boleh buat pilihan yang lebih bijak bila nak tempah tiket flight!


    Timestamp:

    (00:00) Intro(00:55) Iklan(01:11) Perbezaan terminal 1 dan terminal 2(03:10) Low-Cost Carrier yang tiba-tiba mahal(05:01) Rahsia airline kaut untung(06:14) Full-Service Carrier(08:02) Macam mana airline tentukan Harga tiket?(10:25) Iklan(12:13) Penutup

    14 min
  • iPHONE 18 PRO MAX RM12,000: Beli CASH atau TELCO?

    Sign up dan buka akaun di sini:
    https://start.moomoo.com/0Bvkxu
    Sebelum buat first deposit, search “Special Deposit” dekat search button, kemudian masukkan kod FF77 dekat deposit page.
    Untuk deposit minimum RM1,000, korang dah boleh unlock ganjaran bernilai sehingga RM150.
    💰 Deposit RM1,000+ → RM100 Cash Coupon + RM50 Apple Shares
    💰 Deposit RM3,000+ → RM100 Cash Coupon + RM100 Apple Shares + RM50 Apple Shares
    💰 Deposit RM10,000+ → RM100 Cash Coupon + RM400 Apple Shares + RM100 Apple Shares
    💎 Deposit RM40,000+ → RM100 Cash Coupon + RM1,400 Apple Shares + RM100 Apple Shares
    Lagi tinggi deposit, lagi besar reward yang korang boleh unlock. Pastikan daftar melalui link di atas dan masukkan kod FF77 sebelum first deposit.
    Tertakluk kepada terma dan syarat.
    Diskaun lebih RM1,000 untuk iPhone memang nampak menarik. Tetapi apabila pembelian itu datang bersama kontrak telco selama 36 bulan, ada beberapa perkara yang korang perlu kira terlebih dahulu. Kadangkala, pengguna yang memang sudah menggunakan pelan tersebut boleh berjimat, tetapi pengguna yang perlu menaik taraf pelan mungkin mendapat hasil yang berbeza.
    Dalam video ini, kita bandingkan pembelian iPhone 18 Pro Max 2TB melalui telco, pembayaran tunai dan kad kredit dengan ansuran 0% EPP. Kita juga lihat bagaimana kos tambahan bulanan boleh mengubah penjimatan sebenar, khususnya bagi pengguna yang sebelum ini hanya membayar RM40 atau RM89 sebulan untuk talian telefon mereka.
    Akhirnya, membeli telefon bukan sekadar soal mampu membayar ansuran bulanan. Persoalannya, adakah telefon berharga hampir RM12,000 ini benar-benar berbaloi untuk kewangan korang, atau duit itu lebih baik digunakan untuk simpanan dan keperluan lain?


    Timestamp:

    (00:00) Intro
    (01:04) Iklan
    (01:52) Perbandingan Cara Beli iPhone
    (02:32) Pengguna Asal Maxis Postpaid 109
    (05:13) Upgrade daripada Postpaid 89 ke 109
    (06:43) Upgrade daripada Prepaid RM40 ke Postpaid 109
    (08:33) Beli iPhone Tanpa Kontrak Telco
    (09:49) Pilihan Lain untuk Guna RM12,000
    (11:36) Kesimpulan

    15 min
  • [S04:E01] Venture Capital: Peluang besar untuk usahawan Malaysia? - El Regina Tajudin, TNB Aura

    Bila sesebuah startup mendapat pelaburan berjuta-juta ringgit, ramai melihatnya sebagai tanda kejayaan. Tetapi di sebalik suntikan modal itu, terdapat risiko yang besar kerana bukan semua syarikat yang menerima pelaburan akan berjaya. Malah, pulangan daripada beberapa pelaburan yang berjaya boleh menjadi penting untuk menampung kerugian pelaburan yang lain.
    Financial Faiz kali ini bersama El Regina Tajudin dari TNB Aura, salah satu pengurus dana modal teroka yang disokong oleh Jelawang Capital di bawah Program Pengurus Dana Baharu Muncul (EMP).
    Regina, yang juga bekas atlet kebangsaan yang pernah memenangi pingat emas di Sukan Komanwel, berkongsi realiti dunia Venture Capital, termasuk cara pelabur menilai perniagaan, kesilapan yang sering dilakukan founder ketika pitching dan masa yang sesuai untuk startup mendapatkan dana. Perbincangan turut menyentuh perkembangan ekosistem Venture Capital di Malaysia serta peluang penyertaan usahawan Bumiputera.
    Jadi, adakah idea bisnes yang bagus sudah cukup untuk menarik pelabur, atau ada perkara lain yang lebih penting sebelum sesebuah startup layak menerima suntikan modal?


    Timestamp:

    (00:00) Intro
    (04:00) Apa Itu Venture Capital?
    (08:00) Venture Capital vs Private Equity
    (13:00) Apa Yang VC Cari Dalam Founder?
    (18:00) Bagaimana VC Menilai Startup?
    (25:30) Peringkat Funding Startup: Seed hingga Series C
    (35:00) Bagaimana VC Membantu Bisnes Berkembang?
    (39:00) Bagaimana VC Menilai Syarikat & Pegangan Saham?
    (47:00) Strategi Pelaburan TNB Aura
    (54:00) Strategi Pelaburan Berasaskan Data
    (57:00) Ekosistem Startup Malaysia
    (01:00:00) Kisah Kejayaan Startup & Bisnes Malaysia
    01:06:00 Tips Untuk Founder Sebelum Mendapatkan Funding
    01:09:00 Cara SME Berkembang Ke Pasaran Antarabangsa

    1 hr 14 min
  • Belanjawan 2027: Ini yang patut korang tahu!

    Belanjawan 2027 baru sahaja dibentangkan oleh kerajaan, dengan beberapa pengumuman penting yang bakal memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Antaranya termasuk kenaikan gaji minimum kepada RM2,000, pelepasan cukai individu sehingga RM12,000 serta pelbagai inisiatif berkaitan PTPTN, bantuan tunai dan pembelian rumah pertama.
    Selain itu, kerajaan turut meningkatkan peruntukan STR dan SARA, memberikan penangguhan bayaran balik PTPTN kepada peminjam yang layak serta meneruskan pengecualian duti setem untuk pembelian rumah pertama mengikut syarat yang ditetapkan. Namun, setiap inisiatif ini mempunyai syarat dan kumpulan penerima yang berbeza.
    Jadi persoalannya, adakah Belanjawan 2027 benar-benar membawa perubahan kepada kehidupan rakyat, atau ada perkara lain yang perlu kita lihat di sebalik pengumuman ini?


    Timestamp:

    (00:00) Intro
    (00:32) Kenaikan Gaji Minimum RM2,000
    (01:32) Perubahan Cukai Pendapatan
    (04:07) Penangguhan Bayaran PTPTN
    ((05:29) Bantuan Rakyat dan Subsidi
    (06:44) Pengecualian Duti Setem Rumah Pertama
    (07:47) Kesimpulan
    (08:24) Penutup

    9 min
  • Kenapa orang masih setia dengan Netflix?

    Sign up dan buka akaun di sini:
    https://start.moomoo.com/0Bvkxu
    Sebelum buat first deposit, search “Special Deposit” dekat search button, kemudian masukkan kod FF77 dekat deposit page.
    Untuk deposit minimum RM1,000, korang dah boleh unlock ganjaran bernilai sehingga RM150.
    💰 Deposit RM1,000+ → RM100 Cash Coupon + RM50 Apple Shares
    💰 Deposit RM3,000+ → RM100 Cash Coupon + RM100 Apple Shares + RM50 Apple Shares
    💰 Deposit RM10,000+ → RM100 Cash Coupon + RM400 Apple Shares + RM100 Apple Shares
    💎 Deposit RM40,000+ → RM100 Cash Coupon + RM1,400 Apple Shares + RM100 Apple Shares
    Lagi tinggi deposit, lagi besar reward yang korang boleh unlock. Pastikan daftar melalui link di atas dan masukkan kod FF77 sebelum first deposit.
    Tertakluk kepada terma dan syarat.
    Netflix semakin mahal, tetapi masih menjadi pilihan utama pengguna walaupun terdapat banyak platform streaming lain yang menawarkan harga lebih rendah. Sejak masuk ke Malaysia pada 2016, harga langganan Netflix terus meningkat, pada masa sama kos menghasilkan kandungan dan penyelenggaraan infrastrukturnya turut semakin tinggi.
    Namun, kenaikan harga tidak semestinya membuatkan pengguna meninggalkan Netflix. Dengan kandungan eksklusif, strategi FOMO dan pengalaman yang berjaya menjadikan subscription sebagai sebahagian daripada rutin pengguna, Netflix terus mengekalkan kedudukannya dalam pasaran streaming.
    Jadi persoalannya, kenapa kita masih sanggup bayar Netflix walaupun harganya semakin mahal?


    Timestamp:

    (00:00) Intro
    (00:37) Iklan
    (01:28) Kenaikan harga subscription Netflix
    (03:31) Sejarah Netflix dan Blockbuster
    (05:00) Kejatuhan Blockbuster
    (06:03) Perbandingan Netflix dan Blockbuster
    (07:38) Kenapa Netflix naik harga?
    (09:36) Kenapa masih ramai subscribe?
    (11:00) Penutup

    12 min
  • Era kegemilangan kereta Honda berakhir?

    Honda, antara jenama automotif yang sangat kuat di Malaysia, kini berdepan beberapa cabaran besar di peringkat global.
    Daripada kerugian besar dalam pelaburan EV, kejatuhan market share di China, penurunan jualan Honda Malaysia dan persaingan daripada pengeluar China seperti BYD, industri automotif sedang berubah dengan sangat pantas.
    Dalam video ini, kita tengok kenapa Honda boleh sampai ke tahap ini, kenapa Honda mula agresif memberikan rebate dan kenapa strategi mereka kini kembali memberi fokus kepada teknologi hybrid.


    Timestamp:

    (00:00) Intro
    (01:17) Iklan
    (02:04) Pengalaman I beli kereta Honda
    (04:23) I jumpa yang lebih berbaloi
    (05:31) Punca kejatuhan Honda
    (06:55) Fenomena EV Chasm
    (08:53) Performance Honda yang merudum
    (10:29) Kesimpulan
    (11:32) Penutup

    13 min

About Financial Faiz

From the publisher's feed

Faiz Azmi is the founder of Financial Faiz, a brand that advocates for financial literacy among Malaysians from all walks of life. He has been in the real estate, mortgage, investment and takaful…