Public Gold by G100 Podcast

#GTS DENGAN SIMPANAN EMAS BOLEH MERDEKA DARI HUTANG JAHAT. BAGAIMANA CARANYA?


Listen Later

Hutang. Benda yang ramai tak suka, tapi boleh dikatakan ramai yang ada.

.
Dulu, kita berhutang utuk beli barang-barang yang mahal. Sekarang ni lebih bahaya lagi sebab, barang murah, bawah RM50 pun kita dah boleh "apply credit" dengan cara tekan sahaja butang "Pay Later".
.
Ramai yang fikir, hutang ini memudahkan. Yelah, bila kita beli barang yang mahal dengan cara bayar sikit-sikit, sudah pastilah kita tak rasa terbeban.
.
Masalahnya, ramai di antara kita yang terjerat berhutang untuk "membela" gaya hidup. Ini sangat berbeza dengan meningkatkan gaya hidup. Bela gaya hidup selalunya, kita beli untuk puaskan hati "orang sekeliling". Tingkatkan gaya hidup pula kita beli barang yang akan menambah nilai kepada kehidupan kita ke arah yang lebih baik.
.
Disebabkan membela gaya hiduplah, ramai di antara kita yang terjebak dengan sebegitu banyak komitmen hutang jahat. Hutang jahat adalah pembelian secara kredit yang menyebabkan kita "semakin miskin".
.
Hutang yang menyedut cashflow dan tidak membina harta dan kekayaan pemiliknya. Di antara contoh klasik hutang jahat ialah hutang kad kredit. Ha, tersedak terus!
.
Sebab itulah, sangat penting untuk kita langsaikan hutang-hutang jahat ini dengan bersemangat dan penuh dedikasi.
.
Sebab apa? Kalau kita lambat, kita akan lambat membina simpanan sebab kita asyik terikat dengan komitmen hutang jahat ni.
.
Nak bebas hutang tak boleh main terjah je tau. Kita kalau boleh nak buat sekali, lepas tu berjaya. Betul tak?
.
Kalau macam tu, jom kita sertai G100 Talkshow minggu ini dengan topik yang sangat bertepatan dengan isu hutang jahat.
.
Bersama panelis kita TuanMohamad Shafiq Rohaizad Buyong, Star Master Dealer  dan Tuan Mohd Khairil Mustafa Jamaluddin, Master Dealer yang berpengalaman akan berkongsi bagaimana kita boleh memanfatkan emas untuk bantu kita bebas hutang jahat.

...more
View all episodesView all episodes
Download on the App Store

Public Gold by G100 PodcastBy G100 Network


More shows like Public Gold by G100 Podcast

View all
Hidden Brain by Hidden Brain, Shankar Vedantam

Hidden Brain

43,396 Listeners