IKRAM Podcast

Ingatlah Allah Sentiasa bersama Ustaz Osman Khusnan


Listen Later

Daripada Abu al-‘Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a.ﺎﻤﻬﻨﻋ ﷲا ﻲﺿر beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran- lembaran telah kering (dakwatnya). [Riwayat Ahmad no. 2669, al-Tirmizi no. 2516 dan al-Hakim no. 6302]

...more
View all episodesView all episodes
Download on the App Store

IKRAM PodcastBy IKRAM Podcast