Isma Johor Bahru

Isma Johor Bahru

Download on the App Store

All Isma Johor Bahru episodes

  • Misi sihat dan kekal cergas musim PKP ini.

    PKP bersambung lagi, tepu dah duduk dalam rumah ni 😩

    Usah risau, boleh sahaja kita manfaatkan masa di rumah dengan aktiviti yang sihat & cergas. Sediakan jadual, rancang aktiviti agar hidup lebih tenang dan produktif.

    Tidak tahu caranya??

    Tak mengapa, jom bersama tetamu jemputan pada sesi Usrah Wanita kali ini, Pn Nurul Aizat, mantan program C-hat KKM yang juga aktivis Wanita ISMA Gombak untuk mengetahui cara melaksanakan misi sihat dan kekal cergas musim PKP ini.


    1 hr 42 min
  • Usrah Wanita ISMA Johor Bahru - Pengaruh persekitaran dalam mendidik kanak-kanak
    Situasi 1
    ******
    "Nak balik...nak balik..Tak nak sekolah!!"
    Sambil dihentak-hentakkan kaki tanda protes.
    Anak A menangis dan berteriak kuat hingga meruntun jiwa si ibu.
    Situasi 2
    ******
    "Ibu, adik pergi sekolah nanti ibu jangan nakal-nakal tau kat rumah."
    "Adik dah besar nanti nak jadi macam Cikgu Nani. Best sangat tau dia ajar. Adik suka."
    Pernah jumpa situasi begini atau ibu sendiri pernah melalui situasi yang sama?
    Pendidikan anak-anak dalam fasa pandemik ini lebih mencabar apabila anak-anak ini terpaksa lebih banyak meluangkan masa dalam persekitaran yang sama (rumah), 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
    Jom tambah ilmu secara dalam talian dengan mendengar kupasan berkenaan Pengaruh Persekitaran Terhadap Pendidikan Kanak-Kanak bersama Puan Fadzillah Amer Nordin, Pengasas Nahjan Kids Centre.
    Ayuh bersama kami;
    Daftar ahli ISMA : https://ahli.isma.my/register
    Telegram : https://t.me/ismajbofficials
    #perjuanganbermuladarirumah
    #usrahwanitaisma
    #wanitaismajb
    1 hr 17 min
  • sejarah penjajahan Palestin dan perjuangan Ummu Nidal
    ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!!
    Akhirnya kemenangan telah tiba buat para pejuang kita di Palestin. Pengganas Israel telah mengangkat bendera putih untuk melakukan gencatan senjata di dalam perang kali ini. Pedang al-Quds (Saiful al-Quds) benar-benar terhunus ke pengganas Israel.
    Siri Usrah Wanita kali ini membawakan sesi khas bersama wakil Aman Palestin Johor bagi membincangkan sejarah penjajahan Palestin dan perjuangan Ummu Nidal serta pengajaran yang boleh diambil oleh kita para wanita sebagai bekalan akan datang. Panel : Cik Nurul Hajjar
    -Pegawai Pemasaran Online Aman Palestin Johor
    -Co-Founder Hamra Corner
    -Freelance Writer & Editor
    45 min