Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2022M akan berlangsung pada 15 hingga 17 November 2022 (Selasa - Khamis) di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Penganjuran acara tersebut diharapkan dapat membangkitkan kesedaran masyarakat dari pelbagai generasi dan peringkat usia untuk mencintai al-Quran serta mahir dalam hafazan dan bacaan al-Quran meliputi bidang suara, lagu, tajwid dan tarannum. Kami amat berbesar hati untuk menjemput muslimin dan muslimat supaya hadir bersama-sama mengimarahkan majlis yang amat besar maknanya ini.