Episod 6 podcast Hey, Jom Dengar! kali ini membawakan kepada anda sebuah topik yang sangat dekat dengan aktivisme mahasiswa, iaitu kepimpinan mahasiswa di dalam relung kemanusiaan dan kemasyarakatan! Bagaimana seharusnya sikap mahasiswa dalam mengendalikan isu atau projek kemasyarakatan? Apakah nilai utama yang perlu ada di dalam kerja berorganisasi?
Dengarkan kupasan lanjut mengenai topik ini bersama kami dan tetamu jemputan, saudara Usaid Asmadi, mantan Presiden Belia HARMONI Malaysia sesi 2018/2020.