Lembaran Ramadan -Radio Station [BM]

Lembaran Ramadan -Radio Station [BM]

Download on the App Store

Lembaran Ramadan -Radio Station [BM] episodes

  • 10 Malam Terakhir Bulan Ramadan dan Etika Aidilfitri | Lembaran Ramadan EP8

    "Nabi Muhammad SAW ketika memasuki sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan memilih fokus beribadah, mengisi malamnya dengan ibadah, dan membangunkan keluarganya untuk ikut beribadah," (HR Bukhari). Kemenangan Ramadan pula akan diraikan pada 1 Syawal dalam perayaan Aidilfitri. Etika dan adab perayaan harus dititikberatkan. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Ahmad Nizzam Rasali dalam SYOKcast istimewa Lembaran Ramadan.

    23 min
  • Fungsi Masjid Di Bulan Ramadan | Lembaran Ramadan EP7

    Masjid sering disebut masyarakat sebagai rumah Allah s.w.t yang berfungsi untuk menunaikan ibadah solat bagi umat muslim. Tempat ibadah umat muslim ini, juga sering dimanfaatkan untuk proses belajar mengajar pendidikan Al Quran atau Ngaji. Masjid dinilai memiliki peranan yang begitu penting terutamanya dalam bulan Ramadan. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Yahya Mahyuddin Utoh Said dalam SYOKcast istimewa Lembaran Ramadan.

    11 min
  • Fadhilat Ramadan – Rahsia Lailatul Qadar | Lembaran Ramadan EP6

    Saidina Ubadah bin Somit R.A telah bertanya kepada Nabi S.A.W tentang Lailatul Qadar. Lalu Baginda S.A.W bersabda: “Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramdan pada sepuluh malam yang akhir. Sesungguhnya Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam ganjil pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 ataupun pada malam terakhir daripada bulan Ramadan. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Azmarul Husnika dalam SYOKcast istimewa Lembaran Ramadan.

    14 min
  • Zakat Bererti Bersih dan Suci, Apa Hikmahnya | Lembaran Ramadan EP5

    Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Ahmad Nizzam Rasali dalam SYOKcast istimewa Lembaran Ramadan.

    20 min
  • Ciri-Ciri Orang Bertaqwa | Lembaran Ramadan EP4

    Allah s.w.t memerintahkan setiap manusia untuk bertakwa setiap masa. Bukan mudah untuk menjadi orang yang bertakwa kerana sifat ni menuntut seseorang itu untuk mengosongkan hati daripada sesuatu yang melalaikan dan memenuhkan hati itu dengan penyaksian kepada Allah s.w.t. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Termizi (Penolong Pengarah Kanan, Masjid Putra Putrajaya) dalam SYOKcast istimewa Lembaran Ramadan.

    15 min
  • Peranan Masjid dan Hubungan Kemasyarakatan | Lembaran Ramadan EP3

    Jawatankuasa masjid dan jemaah adalah saling memerlukan di antara satu sama lain. Peranan masjid yang diketuai imam memberi impak yang penting terhadap kehidupan masyarakat sekeliling. Adakah masyarakat kita juga sedar mengenai peranan masjid dalam kehidupan harian mereka? Ikuti perkongsian bersama Ustaz Yahya Mahyuddin Utoh Said dalam SYOKcast istimewa Lembaran Ramadan.

    9 min
  • Adab-adab Berpuasa Sepanjang Bulan Ramadan | Lembaran Ramadan EP1

    Sebagai seorang Muslim, setiap ibadah yang dilakukan adalah perlu memiliki tertibnya kerana ia perbuatan yang dimuliakan ketika menghadap Allah s.w.t. Adakah kita sudah cukup pengetahuan dan maklumat mengenainya. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Termizi, Penolong Pengarah Kanan, Masjid Putra Putrajaya, dalam SYOKcast istimewa Lebaran Ramadan.

    10 min

About Lembaran Ramadan -Radio Station [BM]

From the publisher's feed

Ramadan adalah bulan suci yang sering dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Oleh kerana Ramadan disebut di dalam Al-Quran dan terlalu banyaknya keistimewan dan kelebihan Ramadan maka ia…