Yesus Mesias sangat sibuk mengkhabarkan Firman Allah dan seringkali Dia melayani ramai orang, contohnya: "[Semua] orang yang menghidap pelbagai penyakit dibawa kepada Yesus. Dia meletakkan tangan-Nya pada setiap orang dan menyembuhkan mereka" (Lukas 4:40). Tetapi Dia juga seringkali setiap awal pagi "pergi ke tempat sunyi" (4:42) 🔇
Dalam episod ini, kita akan melihat kepentingan Firman Allah dalam pelayanan, konsep kesembuhan yang Alkitabiah, dan keperluan untuk kita mengambil masa sunyi ✔️ Semua ini melalui teladan Yesus! 😊 #ServeToLead #PreachTheWord