Saya pernah menonton dan membaca beberapa orang pendeta bersikap sangat kritikal (pada pandangan mereka sendiri kononnya 'Alkitabiah') terhadap seorang pendeta yang popular hanya kerana berbeza pendapat tentang doktrin-doktrin sekunder. Mereka langsung tidak peduli atau memandang ringan impak positif pendeta itu dalam memenangkan ramai jiwa bagi Yesus!
Orang Farisi dan ahli-ahli Taurat tidak peduli samada Yesus Mesias boleh menyembuhkan orang daripada pelbagai penyakit. Mereka tidak melihat belas-kasihan-Nya. Sebaliknya, mereka "cuba mencari alasan untuk menuduh Yesus... [dan] mengawasi Yesus sama ada Dia menyembuhkan orang itu pada hari Sabat" (Lukas 6:7). Mereka juga bersikap sangat kritikal!
#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas