LEGASI.tv Podcast

Matius 16:1-4 Bila Orang Munafik Meminta Tanda Dari Syurga


Listen Later

Dalam awal pelayanan Yesus Kristus "ramailah orang yang menanggung pelbagai penyakit dan penderitaan, orang yang dirasuk roh iblis, yang menghidap penyakit gila babi, dan yang lumpuh, dibawa kepada-Nya dan disembuhkan oleh-Nya" (Matius 4:24). Selalu juga "hati-Nya berbelas kasih terhadap [orang ramai] lalu Dia menyembuhkan orang yang sakit dalam kalangan mereka" (14:14). Orang bangsa asing pula "merayu Yesus supaya mengizinkan orang sakit menyentuh hujung jubah-Nya. Semua yang menyentuhnya terus sembuh" (14:35-36). Dan rumusan kepada semua yang dilakukan oleh Yesus: "Yang bisu bercakap, yang cacat dipulihkan, yang tempang berjalan, dan yang buta melihat, lalu mereka memuji Allah Israel" (15:31; 11:4-6). Namun begitu, orang Farisi dan Saduki masih lagi ingin "meminta-Nya menunjukkan suatu tanda dari syurga" (16:1) 😡😤👊 Siapa mereka ini? Apa lagi yang mereka mahu? Apa jawab Yesus? Dengar episod ini kerana ia bukan hanya tentang mereka tetapi juga tentang KAMU dan SAYA ⚡ #ServeToLead #InjilMatius
...more
View all episodesView all episodes
Download on the App Store

LEGASI.tv PodcastBy Richard Angelus