Yesus berfirman, "Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan." Pemikiran dunia berbeza dengan pemikiran umat Kerajaan Allah. Dunia mahu diberkati atau kebahagiaan tetapi lapar dan dahaga dengan kuasa, pangkat, pengaruh, nama sendiri, seks, dan sebagainya, apa sahaja selain daripada "perbenaran." Oleh itu, Yesus seakan-akan berkata tentang dunia: mereka TIDAK akan dipuaskan atau berpuas hati. Apa yang dimaksudkan oleh Yesus dengan "perbenaran"? Apa itu "lapar dan dahaga"? Bagaimana kita "akan dipuaskan"? Mari mendengar ๐podcast tentang hal ini ๐๐ฅ๐ #ServeToLead #InjilMatius