
Sign up to save your podcasts
Or


Am mula mengalami pelbagai kejadian misteri selepas menerima sebentuk cincin daripada seorang rakan lama yang dipercayai mempunyai unsur mistik. Bermula dengan penampakan pocong di kawasan perkuburan, gangguan ketika tidur sehinggalah kejadian kerasukan di sebuah flat terbiar, setiap pengalaman seolah-olah mempunyai kaitan dengan cincin tersebut. Walaupun sudah dibuang jauh, cincin itu akhirnya muncul semula di tangan pemilik asalnya. Apakah sebenarnya yang terkandung dalam cincin itu, dan siapakah penjaga yang mengikutinya?
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Setiap Ramadan, Zul akan pulang ke rumah pusaka keluarganya yang sudah lama ditinggalkan sejak pemergian arwah ibunya. Namun, kepulangannya kali ini disambut dengan bau bunga melur, suara arwah ibu yang memanggil dari dapur dan kelibat seorang wanita berjubah putih yang sedang memasak hidangan kegemarannya. Apabila wanita itu berpaling dan memperlihatkan wajah sebenarnya, Zul mula menyedari bahawa sesuatu yang menunggunya di rumah itu bukanlah seperti yang disangkakan. Lebih menggerunkan, ada satu sumpahan dan janji lama yang masih belum tertunai.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Percutian Hari Keluarga yang sepatutnya menjadi kenangan manis bertukar menjadi pengalaman menyeramkan apabila keluarga Rafida mula mengalami pelbagai kejadian pelik di sebuah resort di Negeri Sembilan. Daripada kelibat perempuan tua dan gangguan pada waktu malam, hinggalah kejadian anak saudaranya yang hampir lemas selepas didakwa diajak oleh seorang “kawan” misteri. Siapakah sebenarnya kawan yang dilihat oleh kanak-kanak itu, dan apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik resort tersebut?
See omnystudio.com/listener for privacy information.
From the publisher's feed
Ria’s most popular radio program is now on podcast! Listen to the most terrifying and spooky catch-up and original stories right here with MJ12 Gerun Malam!
The views and opinions shared during this podcast series are those of the hosts and guests and do not necessarily reflect the views of Mediacorp Pte. Ltd. or its group of companies.

16 Listeners

1 Listeners
![Cerita Hantu Seram - SYOK Podcast [BM] by SYOK Podcast](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fpodcast-api-images.s3.amazonaws.com%2Fcorona%2Fshow%2F6032425%2Flogo_300x300.jpeg&w=640&q=75)
0 Listeners