Hari Kebangsaan 2020 Podcast

Oh Malaysiaku Lagu terbaru sempena Hari Kebangsaan 2020 - Penyampai Radio NASIONALfm


Listen Later

OH MALAYSIAKU
(MONOLOGUE)
Hari ini ku lihat sawah terbentang luas
Saujana mata memandang
menghijau mendamaikan perasaan
Aku di sini mencari sebuah nama yang ku banggakan
Di tanah airku bumiku
Tanah tumpahnya darahku
Biar keringat mengalir menjadi saksi
Kudrat dan tenaga dicurahkan di sini
(VERSE)
Anak-anak kecil berkejaran bermain keriangan
Sumur di ladang
Sawah menghijau jauh mata memandang
Keringat yang mengalir
Biar menjadi saksi
Genggam bara api sampai jadi debu
 
Di sini ku mencari sebuah nama yang ku banggakan
Di tanahairku bumiku
Tanah tumpahnya darahku
Sunguh indah dan permai
Harmoni dan mendamaikan
Oh negaraku
Malaysia tercinta
Bercakaran tapi tak terluka
Berlawanan namun tiada juara
Bergandingan walau seketika
Berhubungan kekal selamanya
Bangunlah anak bangsa oh Malaysiaku
Berganding kita membina negara
Bangunlah anak bangsa oh Malaysiaku
Bangkit bersama membina  negara
(Puisi + Rap)
Bermula dengan segala kepayahan
Bergandingan tenaga
Bersama-sama menuju kejayaan
Selut dan lumpur
Parit Dan Sungai
Inilah taman permainanku
Gelak ketawa bersama
Bercakaran tapi tak terluka
Berlawanan namun tiada juara
Bergandingan walau seketika
Berhubungan kekal selamanya
Tanah kita indah dan permai
Bumi kita aman dan damai
Usah biarkan ianya diracuni kepayahan
Siramkanlah ia dengan keharmonian
Suburkanlah ia dengan kemakmuran
(ZAPIN)
Marilah kita semua
Bergandingan mari bersama-sama
Tanah yang permai subur nan menghijau
Tempat kita mencurahkan baktinya
Hari ini berusaha
Hari esok kita menuai hasilnya
Bersyukur kepada yang Maha Esa
Limpah dan kurniaNya  milik bersama
(Solo Gitar)
Bercakaran tapi tak terluka
Berlawanan namun tiada juara
Bergandingan walau seketika
Berhubungan kekal selamanya
Bangunlah anak bangsa oh Malaysiaku
Barganding kita membina  negara
Bangunlah anak bangsa oh Malaysiaku
Bangkit bersama membina negara
Bangunlah anak bangsa oh Malaysiaku
Barganding kita membina  negara
Bangunlah anak bangsa oh Malaysiaku
Bangkit bersama membina negara
Malaysia tercinta
 
Lagu: Shamwan
Lirik: Shamwan
See omnystudio.com/listener for privacy information.
...more
View all episodesView all episodes
Download on the App Store

Hari Kebangsaan 2020 PodcastBy Radio Televisyen Malaysia (RTM)