
Sign up to save your podcasts
Or


Pengarah teknikal baru yang akan menggantikan Peter Dee Roo harus dipilih dengan teliti bukan sekadar tangkap muat dan juga kepercayaan harus diberikan kepada beliau untuk menjalankan projek yang di rencanakan. Di harapkan FAM akan terus 'Transparent' kepada peminat bolasepak Malaysia berkaitan skop kerja, projek dan sasaran yang diberikan kepada Pengarah Teknikal baru nanti. Dengarkan Pod Bola menggelecekkan topik ini bersama Safirul Abu Bakar, Ex-CEO NFDP.
Cerita pasukan selatan tanah air JDT yang menjadi juara CIMB Liga Super 2020 lantas mencipta rekod baru 7 kali berturut-turut menjuarai Liga Super Malaysia. Digelecekkan oleh Juan, Ameen dan Farhan.
Kelab bolasepak yang diuruskan dengan professional pasti tidak akan ada masalah dengan perlesenan kelab. Gagal dalam kritiria kewangan adalah yang paling ketara, berbelanja lah dengan bijak dan perlu agresif dalam menjana kewangan! Dengarkan Pod Bola yang digelecekkan oleh Juan, Ameen dan Farhan.
Pasukan luar ke MSL akan nemberikan impak positif atau negatif? Dengarkan Juan, Farhan dan Amin tentang isu ini.
Sumareh aktifkan klausa 8.7 walaupun Pahang FA bayar gaji?
Bukan hanya pasukan harus professional tapi ianya menyeluruh kepada pemain dan juga penyokong harus professional. Pemain harus faham kontrak mereka dengan pasukan dan juga harus tahu hak mereka jika majikan tidak membayar gaji yang sepatutnya. Penyokong pula jangan membabi buta hentam pemain dan pasukan. Dengarkan episod Pod Bola kali ini yang digelecekkan oleh Juan, Ameen dan Farhan.
Apa salah 'Referee'? Pengstrukturan semula pengurusan pengadil di Malaysia perlu dilakukan segera untuk membaiki masalah dan isu kualiti pengadil tempatan. Teknologi semata tidak akan menyelesaikan masalah pengadil kita tanpa ilmu dan skil. Dengarkan perbincangan Juan, Ameen dan Farhan di Pod Bola.
Naturalisasi?
Pemain naturalisasi mungkin memberi impak besar kepada pasukan negara dan kelab, tetapi adakah ianya bagus untuk jangka masa panjang? Apa kesan sampingan dari pemain naturalisasi? Dengarkan episod Naturalisasi bersama Juan Budiman, Farhan Khair dan Ameen Hairil di Pod Bola.
Bolasepak untuk semua.
Twitter - https://twitter.com/PodBola
Instagram - https://www.instagram.com/podbola/
Facebook - https://www.facebook.com/podbolaoffic...
Youtube - https://www.youtube.com/PodBola
#PodBola #Naturalisasi #Bolasepakuntuksemua
FA kepada FC?
Penceraian FA kepada FC adalah perpisahan menggembirakan yang ditunggu-tunggu peminat bolasepak Malaysia. Dengarkan perbincangan Juan, Farhan dan Ameen berkenaan penswastaan kelab bolasepak di episod Pod Bola kali ini.
Bolasepak untuk semua.
Twitter - https://twitter.com/PodBola
Instagram - https://www.instagram.com/podbola/
Facebook - https://www.facebook.com/podbolaoffic...
Spotify - https://open.spotify.com/show/1MHUd3e...
#PodBola #FAtoFC #Bolasepakuntuksemua
Review perlawanan ke-5 CIMB Liga Super 2020.
Pasukan Terengganu FC menjadi tumpuan utama Pod Bola apabila cemerlang menundukkan Sabah dengan jaringan 4-0, dan juga peningkatan pesat dari pelbagai aspek luar padang. Ternyata peningkatan kelab pantai timur ini sedikit sebanyak memberikan cerita positif untuk peminat bolasepak Malaysia yang sejak akhir-akhir ini dilanda masalah lapuk dari zaman dinasour.
Pasukan pilihan - Terengganu FC
Pemain pilihan - Kipre (Kedah FA)
Pemain muda pilihan - Ramadhan (JDT FC)
Bolasepak untuk semua.
#PodBola
What is "Economic Control Programme" in football?
Masalah kewangan pasukan saban tahun, apakah solusi yang berkesan? Masalah gaji akan terus berulang sampailah kiamat kalau tidak ada pelaksanaan kawalan kewangan dalam bolasepak. Pengurusan pasukan, pemain dan juga peminat harus faham apa itu kawalan kewangan (ECP, FFP and salary cap) dalam bolasepak. Dengarkan Juan, Farhan dan Ameen dalam episod ke-4 Pod Bola yang membincangkan tentang kawalan kewangan dalam bolasepak.
Bolasepak untuk semua. #PodBola #ECP #BolasepakUntukSemua
From the publisher's feed