Share Sembang Kencang Podcast
Share to email
Share to Facebook
Share to X
By Muhammad Ha'iz Sokhini
The podcast currently has 31 episodes available.
Dengan movement atheists dan Bangsar Bubbles, kita dengar banyak benar kritikan terhadap agama, especially Islam. It can go both ways, sometimes kita boleh bidas dengan jawapan yg solid, tapi kadang kadang kita end up bagi jawapan yang apologetic. Ape nak jawap kalau liberals tuduh Islam was spread through enforcement? Apa stance kita tentang hak wanita/ feminism. Hukum dan perbincangan dari Ulamak memang ada tapi kau sebagai layman nak present the points macam mana? Kita kena sentiasa on the defensive je ke, tak boleh play offense dengan diorang? Dalam episode ni aku dan Taj akan review debat Daniel Haqiqatjou vs Ridvan (Murtad/Liberal). Kami bincang points yang bernas untuk stay on the offense instead of menunggu liberals menyerang agama. Benda boleh bincang, jom Sembang Kencang!
Menurut Ibn Ishaq, Abdul Muttalib mempunyai satu permaidani khusus di bawah lindungan Kaabah yang merupakan tempat duduk beliau sebagai ketua. Tiada siapa termasuk anak-anak beliau sendiri yang berani duduk di atas tempat tersebut atas dasar penghormatan yang tinggi kepada Abdul Muttalib. Tetapi Abdul Muttalib membenarkan Muhammad صلى الله عليه و سلم untuk duduk di situ. Abdul Muttalib berkata, "Biarkan dia, sesungguhnya demi Allah dia akan mendapat kedudukan yang hebat."
Nak tahu lebih lanjut? Sila dengar episode kelima sirah berkaitan 40 tahun kehidupan Nabi sebelum diangkat sebagai Rasul.
Lianna Misli or Kak Lianna dah 20+ tahun dalam Healthcare Industry. Episode ni recorded time awal awal PKPB. Kak Liana akan kongsi pandangan tentang situasi COVID, keputusan untuk buka semula ekonomi, ape tengah berlaku dalam sektor healthcare dan.. untuk korang yang ada duit untuk spend either from BPN or Moratoriums, nak buat dengan duit tu? Jom dengar!
Abrahah bertanya, "Adakah kamu mengutamakan 200 ekor untamu itu lebih dari Kaabah yang telah menjadi rumah Ibadah kamu dan nenek moyang kamu zaman-berzaman?" Abdul Muttalib lalu menjawab, "Sesungguhnya aku tuan kepada unta-untaku, rumah itu ada Tuan-Nya yang akan menjaganya."
Episod kali ini, kita akan kupas satu persatu tentang sejarah Mekkah, nenek moyang Rasulullah dan peristiwa-peristiwa penting sebelum kelahiran Rasulullah SAW.
Lahir dari wahyu yang sama, tetapi destinasi yang dicari berbeza. Itulah yang berlaku kepada agama Nasrani dan Yahudi. Begitu juga dengan fahaman Zoroastrianisme yang mendakwa mereka menyembah Tuhan yang satu, tetapi menjadikan api sebagai perantara mereka dengan Tuhan. Dalam episod kali ini, kita kupas penyelewengan agama-agama ini dan bagaimana agama yang asalnya lahir dari wahyu yang sama menjadi begitu ketara perbezaannya. Kita juga akan kupas perjalanan Salman al-Farisi daripada seorang penjaga api kuil Majusi kepada seorang sahabat yang masyhur dan hebat.
Unlike episode LGBT lepas, Pornografi adalah satu issue yang lebih taboo untuk dibawak sembang. Reason is.. ini bukan satu benda yang berlaku di luar rumah dan nampak foreign. Ini masalah di dalam rumah, things happening right under your roof. Anak, suami, abang, adik, smua ada possibility tengok porn, terlalu accessible. Jadi kalini kita bawak Cikgu Fadhli yang dah sepak terajang dengan porn selama 10 tahun untuk merungkai masalah berleluasa ni.
Shownotes:
4.10-Definition pornografi
7.24-Macam mana budak-budak terjebak pornografi
8.30-Bukan Pornhub dah kena block?
10.30-Sambung terjebak
16.00-Pendidikan seksual di Sekolah Malaysia,
19.00-cikgu dan mak bapak reti explain tak?
21.50--Kenapa Porn tu salah?
25.00-Macam mana parents nak sembang pasal birds and the bees
32.00-Online materials, macam mana nak kekang?
34.55-Millenials yang dah addicted ni nak buat macam mana?
43.00- Yang senyap senyap ni lagi bahaya
47.00- Jepun dan waifu cultur, lahirnya lelaki lemah
52.00-Tapi liberals cakap: Porn boleh mengelakkan actual molesting, rape dan zina?
57.00-Peranan Content creators, kena bertanggungjawab
1.02.00-Ada ke organized efforts untuk push the hyper-sexuality normalization agenda di Malaysia ?
1.07.00- Perempuan takde tengok porn ke? K-Pop hypersexualization bukan grooming ke?
1.10.00-Closing remarks
Untuk menghargai cahaya, kita perlu mengenal terlebih dahulu apakah itu kegelapan. Sebelum cahaya Islam menyinari masyarakat Arab dan manusia seluruh alam, mereka diselubungi kegelapan. Mereka mengaku mengikuti agama Nabi Ibrahim, tetapi mereka menyembah berhala? Siapakah yang membawa amalan syirik ini ke Mekkah dan Jazirah Arab? Adakah masih wujud dalam kalangan mereka individu yang ingin kembali kepada ajaran sebenar Nabi Ibrahim? InshaAllah kita kupas satu persatu dalam episod kali ini.
Kami bawakan anda Prof Rafidah Hanim untuk sembang tentang issue LGBT di Malaysia. Korang taknak terlepas episode ni, pakar yang sembang harini.
0.22-Nature vs nurture and the gay gene
0.32- Sex vs Gender ada beza ke?
0.41- Gender neutral toilets
0.43-LGBT bertaubat
0.54-Parenting, salah Boomers ke gen Y jadi snowflakes?
1:00-Tuduhan Numan Afifi
1:08- NU'man Afifi is unoriginal
1:09-LGBT ni worth saving ke?
1:18: Penyesalan pesakit HIV
1:22-Jordan Peterson vs Bill C16, serius ke pejuang LGBT di Malaysia
1:34-Closing remarks
Siri Sirah Episode 1 bercerita tentang aspek-aspek umum, tetapi penting dalam mempelajari sirah Rasulullah SAW. Mengapa perlu belajar sirah? Apa manfaatnya? Memadai atau tidak kita menceduk kisah-kisah ini terus daripada kitab? InshaAllah kita kupas persoalan ini satu persatu.
Episode kali ni kita bawak data scientist baru balik Michigan, Yusri Jamal untuk sembang pasal the stark contrasts between Malaysia and the US dalam cara kedua-dua negara ni handle waktu krisis, trusting the reported numbers dan coming of automation
The podcast currently has 31 episodes available.