Sembang LZS

Sembang LZS

By Lembaga Zakat SelangorReligion & SpiritualityIslam
Download on the App Store

Sembang LZS episodes

  • Permohonan Zakat, Susah Ke?

    Nasib tidak sentiasa menyebelahi diri dan semakin hari, semakin ramai yang mula mendapatkan bantuan untuk meneruskan hidup. Banyak persoalan yang bermain di fikiran masyarakat tentang permohonan zakat. Bagaimana nak memohon sebenarnya dan susah ke prosesnya?

    Dengarkan penjelasan yang sangat mendalam tentang isu yang berkaitan dengan permohonan zakat ini melalui perkongsian hebat oleh Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf dan pengacara anda Anim Ezati Rizki.

    39 min
  • Legasi Rasulullah

    Dalam menunaikan syariat dan seruan daripada Allah SWT, pastinya Rasulullah itu adalah teladan yang terbaik. 12 Rabiulawal adalah tarikh agung yang amat penting dalam kita meraikan Rasulullah SAW. Lahirnya seorang Nabi terunggul yang dikasihi dan dihormati. Baginda mengajar 1001 erti kehidupan dalam mendapat keberkatan Allah SWT termasuklah sistem pengurusan zakat. Adakah LZS mengikut perintahnya dan menjadi legasi Rasulullah yang terbaik? Dengarkan kupasan hebat bersama Ustaz Farid Zainal dan pengacara, Anim Ezati.

    1 hr 3 min
  • Erti Merdeka Asnaf

    Anda kenal Youtuber hebat Sazali Adam Bahar? Nelayan yang meraih jutaan tontonan di Youtube. Pejuang yang kini telah merdeka dari kelompok Asnaf dan berimpian untuk membantu yang lebih memerlukan. Ikuti perkongsian bagaimana kita bersama-sama dapat merdekakan mereka daripada kesempitan hidup yang selama ini mereka alami dan kini bertukar menjadi pembayar zakat. Bersama Anim Ezati Rizki berkongsi kisah tentang kehidupan Sazali Adam Bahar yang dapat berubah 360 darjah dari status penerima dan kini pembayar zakat. Inilah erti merdeka sebenar buat Asnaf di luar sana.

    26 min
  • Peranan Zakat Dalam Mendepani Inflasi

    inflasi dan Malaysia antara negara yang amat terkesan. Semakin ramai yang terpaksa menukar percaturan gaya hidup demi kelangsungan harian. Ada yang kehidupannya semakin susah tetapi masih ada yang tidak terkesan dengan situasi ini. Jadi, bagaimanakah agaknya zakat berperanan dalam mendepani isu inflasi ini? Dengarkan kupasan hebat bersama jemputan luar biasa iaitu Dr Muhammed Abdul Khalid, pakar ekonomi dan jemputan lain wakil dari divisyen agihan dan kutipan Lembaga Zakat Selangor. 

    1 hr 2 min
  • Biasakan diri dalam berzakat

    Semakin hari semakin ramai yang menerpa alam digital. Media sosial dan hiburan juga sudah menjadi landasan utama bagi sumber pendapatan dan platform mencipta nama yang mampu pemberi pengaruh kepada masyarakat. Tapi perlu ingat, setiap daripada pendapatan yang diraih dari usaha kerja keras itu, pastikan terselit keberkatan apabila dikongsi bersama. Jom dengarkan perkongsian pengalaman Ernie Zakri sendiri dalam berzakat sebagai selebriti di Malaysia. Kupasan yang amat menarik ini juga pastinya bersama hos kegemaran anda, Anim Ezati Rizki dan jemputan hebat dari LZS, Encik Fikri Naim.

    55 min
  • Zakat, Harta Berkat

    Pertengahan tahun kebiasaanya menjadi masa kemuncak untuk rakyat Malaysia menguruskan hal berkaitan cukai. Tetapi tanpa kita sedar, kita lupa untuk lunaskan tanggungjawab yang lebih penting! Untuk ketahui dengan lebih mendalam tentang zakat harta, jom dengarkan perkongsian hebat tentang seluruh zakat harta bersama Ustaz Halim dan pengacara kegemaran anda, Anim Ezati Rizki. Taksir zakat anda dalam Bulan Taksir Zakat ini serta berpeluang memenangi hadiah menarik. Dalam kesempurnaan zakat kita, keberkatan kita kecapi bersama.

    1 hr 6 min
  • Qada Zakat : Perlu Ke?

    Dalam kehidupan yang amat sibuk, terkadang kita terlepas pandang tentang kewajipan yang harus kita tunaikan. Rezeki kita datang dalam pelbagai bentuk tapi kita lupa yang sebahagian daripada itu, ada rezeki orang yang memerlukan. Tanpa kita, siapa yang akan menjaga kebajikan mereka? Jom ketahui lebih tentang qada zakat yang boleh ditunaikan untuk menyempurnakan lagi ibadah dan rukun islam kita bersama. Saksikan perkongsian ilmu oleh Ustaz Khairul Azhan dan bersama hos anda Anim Ezati Rizki Sembang LZS

    44 min
  • Zakat atau Sedekah

    Pastinya ramai mencari keberkatan dalam sedekah subuh. Tetapi ramai juga yang terkeliru, adakah sedekah itu boleh menggantikan zakat? Apakah zakat dan sedekah adalah perkara yang sama di sisi Islam? Banyak ulasan dan jawapan yang berjaya dirungkai dalam perbincangan ini. Jom saksikan perkongsian hebat bersama hos kegemaran anda Anim Ezati Rizki dan wakil Lembaga Zakat Selangor iaitu Encik Zainudin Bin Johari dalam topik yang amat menarik iaitu Zakat atau Sedekah?

    51 min
  • Jadikan Gajet Sebagai Gedung Pahala (Edisi Ramadan)

    Sesungguhnya pelbagai maanfat boleh kita perolehi melalui teknologi dan gajet terkini. Banyak perkara yang boleh dipermudahkan melalui gajet jika betul cara dan salurannya. Melalui perkongsian hebat bersama Encik Muhd Fikri Naim, Ketua Divisyen Kutipan LZS dan hos kegemaran anda Anim Ezati Rizki, pastinya banyak maklumat tentang zakat yang anda akan ketahui. Segalanya kini di hujung jari termasuklah untuk mendekati Ilahi.

    46 min
  • Ramadan Bulan Tarbiyah

    Semestinya sesebuah rezeki itu lebih berkat jika dikongsi bersama dan pastinya anda ingin menyampaikannya pada saluran yang tepat dan telus. Perkongsian hebat tentang topik ini bakal dikupas bersama hos kegemaran anda Anim Ezati Rizki dan jemputan hebat iaitu Encik Firdaus Bin Mohd Husain (Eksekutif Pengurusan Operasi Agihan Skuad Saidina Umar (SSU). Pastinya Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda untuk amalan di bulan Ramadan ini.  Sedikit daripada kita, jutaan makna bagi mereka.

    52 min

About Sembang LZS

From the publisher's feed

Sembang LZS adalah sebuah program bual bicara santai yang mengupas isu-isu dan topik-topik hangat berkenaan dengan zakat. Pelbagai info menarik berkaitan zakat akan turut dikongsi bersama dalam setiap…