Tahun ini menyaksikan sejumlah telefon pintar dan peranti elektronik diperkenalkan oleh pengeluar seluruh dunia - yang mana sekaligus menyertakan pelbagai pembaharuan bersama-sama dengannya. Pada episod #SembangLebat kali ini, kami melihat kepada pelbagai peranti baru yang diperkenalkan yang mencuri perhatian kami - selain turut menyentuh berkenaan beberapa teknologi yang benar-benar memukau sepanjgn 2018 ini.