The Pearl Meadows

The Pearl Meadows

By The Pearl MeadowsReligion & SpiritualityIslam
Download on the App Store

The Pearl Meadows episodes

  • PASCA MODENISME: NORMALISASI DALAM ISU WANITA

    Soft-porn, sexual objectification, women empowerment dan pelbagai lagi istilah-istilah yang  sering di ketengahkan di media massa bahkan semakin hangat dibincangkan  sekarang ini. Berada di antara topik taboo dan normalisasi, masyarakat makin keliru tanpa pandangan alam yang benar.   Di zaman yang kita gelar sebagai pasca modenisme ini, kita melihat anak-anak muda tidak memahami  makna yang mereka laungkan dan penggunaannya lantas membawa kepada sifat _'apologetic'_ atau terlalu bermudah-mudah dalam meletakkan ia pada konteks yang salah hingga membawa kepada kecelaruan pandangan alam (worldview) .  Ikuti kupasan topik 'PASCA MODENISME : NORMALISASI DALAM ISU WANITA' dalam siri diskusi ilmiah bersama Ustazah Dr Sumayyah.

    1 hr 32 min
  • Mengintai Tabir Ramadan Melalui Pintu Rejab - Bulan Taubah oleh Ustazah Kautsar

    Dari Sheikh Yusof Mahuddin,  Taubat yang Allah anugerahkan ialah untuk selamatkan diri kita dari maksiat dan kekotoran. Untuk kita semakin dekat dengan Allah. Allah beri peringatan kepada kita melalui lidah kita sendiri, Ingatkan diri sndiri sebelum mengingatkan orang lain  Firman Allah swt, bermaksud:  Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhan-Mu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya.   

    Redha Level-1-.Menangis sedih tapi terima 

    Level 2 - Ketawa atas ujian yang menimpa, sakit still ada tetapi  senyum 

    Level 3- Menangis kerana keadaan tu, Allah letakkan baginda dalam keadaan yang perlu menangis. Menangis Lillahitaala   

    Fahamkan tentang fungsi dan keutamaan untuk bulan-bulan Islam berikut :  

    Rejab-bulan taubat-proses Takhallil, Proses Tazkiyyatun Nafs  

    Sya'ban- bulan selawat - Bulan ni Rasulullah banyak puasa  

    Ramadan- Bulan Allah

    37 min
  • Wanita dan Taubah: Meraih CintaNya Siri 3

    WANITA DAN TAUBAH: RAIH CINTA-NYA

    (SIRI 3)

    Perjalanan seorang hamba menuju kepada pemiliknya, tidak lengkap tanpa diiringi dengan taubah. Mana mungkin seorang hamba mampu mengakui dirinya tidak terpalit dengan dosa.

    Bahkan, tiada siapa yang mampu menjangka hujung jalan cerita mereka. Adakah akan kembali dalam keadaan diredhai mahupun sebaliknya.

    Justeru manusia itu perlu melazimi taubah  sehingga mampu  bertemu dengan penciptanya dalam keadaan bersih dan diredhai.

    “Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku.”

    (QS. Al-Fajr: 27-30)


    Jom sama-sama kita dengarkan Siri 3 berkenaan taubah bersama Ustazah Kautsar yang merupakan siri terakhir podcast bersempena Ramadan kali ini 🥺


    #Siri3
    #WanitadanTaubah
    #Thepearlmeadows

    11 min
  • Wanita dan Taubah: Meraih CintaNya Siri 2

    WANITA DAN TAUBAH : RAIH CINTA-NYA

    (SIRI 2)

    Podcast sebelum ini kita telah berbicara mengenai taubat dan betapa lemahnya manusia itu diciptakan dengan pelbagai kelemahan.

    Walaupun begitu, kita dipertanggungjawabkan untuk tetap kembali kepada Allah SWT hatta selemah mana pun keadaan diri kerana Allah sangat mencintai akan hamba-Nya yang selalu bertaubat.

    Manusia tidak terlepas daripada dosa. Namun, tetaplah berusaha keluar daripada kancah dosa dan mengharapkan keampunan daripada Allah SWT.

    Taubat bukan hanya pada bulan Ramadan sahaja. Paling penting lagi apakah yang bakal kita lakukan setelah keluar daripada madrasah Ramadan ini?

    Buah akhir daripada madrasah Ramadan adalah takwa. Tetapi takwa tidak akan dirasakan kenikmatannya melainkan dalam keadaan kita sentiasa bertaubat.

    Ramai tertanya-tanya apakah jalan terbaik dalam melakukan taubat? Apakah sekadar beristighfar dan solat taubat sudah cukup?

    Kali ini al-Fadhilah Ustazah Kautsar akan berkongsikan tatatertib dalam bertaubat menurut ulama' muktabar.

    Semoga kesungguhan kita meraih keampunan daripada Allah SWT ini menjadi asbab dipandang dengan belas kasih Allah SWT.

    #siri2
    #thepearl
    #wanitadantaubat

    11 min
  • Wanita dan Taubah: Meraih CintaNya

    Sebagai manusia yang lemah, kita tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan sepanjang melayari kehidupan.


    Namun, ada satu anugerah istimewa yang Allah kurniakan kepada kita agar jiwa dan hati kita dapat disucikan semula. Ia dipanggil sebagai “taubah”; iaitu kembali kepada Allah SWT daripada melakukan sebarang dosa.

    Firman Allah SWT:

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّـهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,

    (Surah al-Tahrim: 8)

    Dalam siri podcast kali ini, Al-Fadhilah Ustazah Kautsar menerangkan dengan indah sekali tentang konsep taubah dan keistimewaan bagi orang yang sentiasa melakukan taubah kepada Allah SWT.

    Semoga Allah sentiasa membimbing diri kita untuk sentiasa bertaubat dengan taubat Nasuha.

    12 min
  • Wanita Tidak Boleh Berpuasa : Bagaimana Mahu Menjaga Momentum Ramadhan?

    Perjalanan mentarbiyah diri untuk menjadi seorang muslimah yang sejati bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula dengan fasa-fasa alami seorang wanita yang seolah-olah menjadi titik 'rehat' buat kita dalam beribadah.


    Pasti tanpa sedar akan mematahkan semangat sang muslimah yang sedang berkobar-kobar untuk melakukan sebanyak-banyak ketaatan di bulan yang mulia ini.

    Tapi benarkah begitu? Allah Ar Rahman dan Ar-rahim yang Maha Pengasih dan Penyayang pasti telah menyediakan sesuatu yang teristimewa buat kita. Oleh sebab itu, perancangan sangat penting agar waktu yang kita ada tidak terluang dengan sia-sia walaupun kita tidak boleh berpuasa.

    Ingin ketahui lebih lanjut? Ayuh sama-sama kita dengarkan podcast terbaru The Pearls ini

    31 min
  • Meraih Taqwa Seorang Wanita
    Taqwā ibarat tiket untuk masuk ke syurga Allāh. Sehingga orang-orang yang akhir hidupnya tak mendapat darjat orang yang bertaqwā maka hampir mustaḥīl baginya menapakkan kaki di dalam syurga dan inilah target ibadah Ramaḍān kita yang mana untuk termasuk dalam golongan orang yang bertaqwā.
    Firman Allāh SWT : "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah : 183)
    Dan di antara langkah untuk meraih taqwā adalah melalui pembacaan al-Qurʾān dan pemahaman maknanya. Bersempena memperingati peristiwa penurunan al-Qurʾān yang mulia, podcast kali ini membawa panel berwibawa Ustazah Dr Raudhatul Firdaus yang akan mengupas sebahagian kecil dari Kitab Risalah An-Nur karangan Imam Bediüzzaman Said Nursî .
    Dalam podcast kali ini, kita akan dibawa menelusuri cara-cara merasai kebersamaan dengan al-Qurʾān yang mana kita menghadirkan perasaan dengan sepenuh jiwa dan raga seolah-olah kita benar-benar sedang berada di zaman penurunannya dan membuang segala hajat dan nafsu yang rendah yang mana menjauhkan kita dari al-Qurʾān.  
    Ustazah juga akan menerangkan mengenai kelebihan membaca al-Qurʾān yang begitu besar terutamanya di bulan mulia ini. Moga kita semua dapat menambahkan lagi kecintaan pada al-Qurʾān melalui penyampaian ini.
    40 min
  • Tips Mujahadah Membaca Al-Quran Di Bulan Ramadan
    [ Tips Mujahadah membaca al Quran di Bulan Ramadhan ]
    Kita telah memasuki bulan Ramadhan yang mulia.
    Pasti kita semua berusaha untuk menjadikan Ramadhan pada tahun ini lebih baik daripada bulan-bulan sebelumnya. Rezekikan kami ya Rabb!
    Podcast kali ini disajikan buat kaum muslimah khususnya dalam meningkatkan lagi kualiti kita membaca al Quran bukan sekadar mengkhatamkan bacaan malah membacanya dengan khusyu' dan khudu' kepada Allah Azza wa Jalla.
    Al Fadhilah Ustazah membawa pendengar mengetahui hijab-hijab hati yang menghalang seseorang berbuat kebaikan dan menghindarkan kita daripada melakukan perkara-perkara munkar. Seterusnya mudah-mudahan menjadikan kita agar mampu terus menerus berbuat kebaikan serta diringankan melakukan ibadah khususnya membaca Al Quran di bulan mulia.
    Pm Dr Raudlotul Firdaus Fatah Yasin,
    Pensyarah Jabatan Alquran dan sunnah, UIA
    45 min

About The Pearl Meadows

From the publisher's feed

Pearl Meadows Mustafa is a committed movement by a group of muslimah to carry out da'wah as an act of service to our beloved prophet Muhammad s.a.w through the approach of social media.