Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang telah berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh pada 5hb September 2016.
~ Tidak ada hari-hari yang lebih baik disisi Allah, dan tidak ada amal yang dilakukan pada hari-hari itu yang lebih Allah Taala suka, yakni hari yang 10 ini
~ Perbanyakkanlah pada 10 hari ini, sebut tahlil, takbir dan zikrullah
~ Puasa sehari bersamaan puasa setahun, amal kebaikan digandakan sehingga 700 kali ganda
~ 10 hari dan malam yang teristimewa disisi Allah
~ Sebaik-baik hari ialah hari yang 10 berdasarkan hadis Nabi
~ Allah bagi kepada kita peluang kedua dalam bulan Zulhijjah selepas bulan Ramadan
~ Istimewanya 10 hari awal bulan Zulhijjah berdasarkan hadis dan quran
~ Pahala setiap huruf bagi orang yang baca Quran
~ Jangan lepaskan peluang keemasan - jadikan ianya berbeza dari hari-hari lain
~ Isi masa dengan amalan-amalan yang baik - zikir sambil memandu kereta
~ Banyakan bersedekah dan infak ke jalan Allah
~ Hindarkan diri daripada buat dosa
~ Serulah manusia mengerjakan ibadah haji dan umrah
~ Saudi tidak pernah buat iklan tahun melawat Mekah dan Madinah
~ Manusia akan pergi haji dan umrah walaupun terpaksa berjalan kaki
~ Hari wukuf, cuaca dijangka 50 darjah celcius
~ Jika tidak mampu mengerjakan ibadah haji, buatlah amalan yang boleh mendapatkan pahala seumpama mengerjakan ibadah haji
~ Pahala untuk orang yang keluar rumah ke masjid untuk solat fardhu, dalam keadaan siap bersuci
~ Keluar dari rumah dengan niat nak solat sunat dhuha
~ Hati sentiasa teringat nak solat selepas selesai solat
~ Allah sediakan ganjaran hebat, kerana tak ramai orang boleh buat
~ Pahala untuk puasa di bulan Zulhijjah
~ Nabi tak tinggal puasa hari Asyura, 9 hari dibulan Zulhijjah dan pilih 3 hari dalam sebulan
~ Paling kurang kita buat puasa hari Arafah
~ Hari yang Allah pilih untuk membebaskan seberapa ramai hambaNya dari Neraka
~ Allah bangga dengan manusia di depan malaikat
~ Jangan lepas peluang buat ibadah korban
~ Bukan darah dan daging haiwan yang Allah nak, melainkan ikhlas dan taqwa
~ Manusia nak cari pahala, walaupun harga satu bahagian korban mahal
~ Satu amalan yang paling Allah suka semasa raya Haji
~ Disuruh untuk pakai baju baru pada hari raya
~ Binatang korban akan datang pada hari akhirat sebagai bukti ibadah kita
~ Sebelum darah menitik ke tanah, Allah telah redha kepada orang yang laksanakan ibadah korban
~ Bersihkanlah hati dengan ibadah korban - buang sifat bakhil dan kedekut
~ Spoiler macam tiang gol di belakang kereta
~ Kita berkira dalam perkara agama
~ Nak pi mengaji pun tengok pokok hujan dulu
~ Kita tak gelut dalam hal-hal kebaikan
~ Setiap helai bulu binatang, dapat 10 pahala
~ Sepanjang 10 tahun Nabi di Madinah, tak pernah tinggal ibadah korban
~ Saidina Ali akan korbankan dua ekor kambing setiap tahun
~ Sembelih korban untuk Nabi - dalil boleh buat korban untuk orang yang dah meninggal dunia
~ Kongsi satu bahagian daging korban secara beramai-ramai
~ Kita tak jadi macam kita hari ni, kalau bukan kerana mak dan ayah
~ Nabi pesan suruh buat korban untuk Nabi
--- KITAB TAFSIR NURUL IHSAN JILID 2 MUKA SURAT 317 ---
~ Tafsir Surah An-Nahl ayat 101
~ Hikmah Allah memansuhkan dan menukar ayat Quran
~ Hujah puak kafir bila mendengar ada ayat Quran yang ditukar
~ Bukti Muhammad reka Quran,bukan dari Tuhan
~ Antara contoh-contah ayat yang dimansuhkan
~ Cara untuk membersihkan hati
~ Masalah ada duit tapi tak mahu sedekah sebab kedekut
~ Wasiat tidak boleh diberikan kepada waris
~ Ujian sejauh mana kita boleh taat perintah Allah
~ Proses untuk menjadikan Islam sebuah agama yang sempurna
~ Alasan orang hisap rokok dan minum arak
~ Kisah Saidina Umar dan ayat pengharaman arak
~ Cara Allah meraikan manusia
~ Quran dan Jibril - Ruhul Qudus
~ Antara tanda untuk menilai kita beriman atau tidak
~ Dengar Quran sama macam dengar lagu Dilwale
~ Quran Allah yang turunkan bukan rekaan dari Nabi
~ Tuduhan orang kafir - tukang besi yang ajar Muhammad ayat Quran
~ Macam-macam tuduhan