
Sign up to save your podcasts
Or


Dalam episode Voccast kali ini, pengasas Absolut Bazaar iaitu Ben Ali hadir dimana beliau berkongsi perjalanan AB sejak awal mula ditubuhkan selain kejayaan mereka dalam menembusi pasaran Singapura dan Brunei.
Dalam episode pertama tahun 2026 ini, kami menjemput Tuan Ahyat Ishak, seorang pakar dalam bidang hartanah untuk memberi pendapat mengenai industri hartanah dalam negara.
Dalam Voccast episode kali ini kami menjemput M Syah, seorang 'rider' dimana beliau berkongsi pengalaman dan harapan sebagai pekerja dalam sektor Gig di Malaysia.
Voccast episode kali ini kami bawakan Haikal Luqman yang menjadi salah seorang peserta dalam Global Sumud Flotilla dalam usaha memecahkan kepungan yang dilakukan askar Israel terhadap rakyat Gaza di Palestine.
Dalam episod kali ini, VOCCAST bersama Azraei Muhamad, penulis buku kewangan “Bangsa Enam Angka”, pengarah di Write & Brave, dan figura di sebalik platform @FinancialGory.
Ejen Ali The Movie 2 pecah rekod RM50.7 juta selepas 18 hari tayangan! Dalam Voccast Season 3, kami bersama Usamah Zaid Yasin, pengasas WAU Animation & pencipta Ejen Ali. Dari Misi Mustahak, zaman belajar, hingga jadi CEO animasi no.1 negara.
Setahun lepas, kami jemput Aznah Abas, seorang pakar dalam dunia kad kredit, untuk berkongsi ilmu asas buat pengguna baru. Kali ini, beliau kembali! Tapi bukan untuk ulang yang lama. Episod kali ini lebih fokus kepada pengguna kad kredit peringkat amatur yang dah mula swipe sana sini, tapi masih belum betul-betul faham strategi, faedah tersembunyi dan risiko sebenar.
Ramai orang anggap kad kredit = hutang. Tapi betul ke tanggapan tu? Pada video ini, Aznah kongsikan tips, do’s & don’ts, serta mindset yang perlu ada supaya kad kredit jadi alat bantu kewangan, bukan punca masalah.
Next level knowledge untuk next level pengguna.
Dalam VOCCAST yang menyentuh hati ini, kami berpeluang duduk bersama ibu bapa Allahyarham Zulfarhan untuk mendengar kisah mereka tentang kehilangan tragis anak mereka. Mereka berkongsi kenangan indah bersama arwah Zulfarhan, kesedihan mendalam yang mereka alami, dan perjuangan berterusan mereka dalam mencari keadilan. Namun, di sebalik segala usaha, ibu bapa arwah masih merasakan belum mendapat keadilan yang sepatutnya, dan mereka terus berjuang agar kebenaran tertegak. Temu bual ini adalah penghormatan kepada ingatan arwah Zulfarhan dan seruan agar tragedi seperti ini tidak akan berulang.
Kepada anda di luar sana yang mungkin sedang melalui fasa dibuli, jangan berdiam diri dan dapatkan keadilan. Suara anda penting, dan anda tidak bersendirian. Jika anda memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan secara tanpa identiti di https://thevocket.com/jadibuddybukanbuli . Kami percaya setiap individu berhak untuk hidup dalam persekitaran yang selamat dan bebas daripada buli.
Kes buli semakin menjadi-jadi di Malaysia—dari sekolah hingga ke media sosial. Dalam episod podcast kali ini, kami bersama Hafiz Baharuddin, yang lebih dikenali sebagai Abang Lawyer di TikTok, untuk kupas isu ini secara mendalam.
Sebagai seorang yang sudah biasa dengan dunia guaman, Abang Lawyer berkongsi pandangannya tentang kes buli yang semakin berleluasa, jenis hukuman yang boleh dikenakan kepada pelaku, serta hak-hak mangsa buli. Kami juga menyentuh kes-kes buli yang menggemparkan Malaysia, termasuk kes cyberbullying yang melibatkan mendiang Esha dan tragedi menimpa arwah Zulfarhan.
Adakah undang-undang kita cukup tegas untuk membendung masalah ini? Jom dengar perbincangan penuh dalam podcast ini! Layari laman sesawang dan ceritakan luahan anda sebagai mangsa buli secara anonim di: www.thevocket.com/jadibuddybukanbuli
Kali ini, kami berkesempatan untuk berborak dengan penyanyi legenda, Datin Alyah, yang mendedahkan banyak cerita menarik tentang perjalanan hidupnya. Dalam sesi VOCCAST ini, beliau berkongsi pengalaman dan kisah hitam yang pernah mengujinya di One In A Million.
Datin Alyah juga membuka cerita mengenai keputusan kontroversialnya untuk keluar daripada kumpulan Fabulous Cat, serta cabaran yang dihadapi selepasnya. Tidak hanya itu, kami juga mendalami hubungan mesra dan penuh kasih antara beliau dan suami tercinta, Tok Ram.
From the publisher's feed