Dunia berdepan risiko ekonomi dan geopolitik besar yang menuntut peranan negara membangun untuk capai kerjasama terbaik. Apakah peranan besar negara membangun termasuk Malaysia? #AgendaAWANI 9 mlm ini di @501Awani
Bagaimana Malaysia boleh mewujudkan satu duluan antarabangsa dengan memulakan prosiding perundangan di mahkamah tempatan untuk mendakwa Israel atas jenayah genosid? Diskusi 8.30 malam
Apa cabaran pada sistem penyampaian pasca pelancaran Pangkalan Data Utama (PADU) ketika jumlah kemas kini melebihi 1.56 juta orang? Adakah trend pendaftaran akan terus melonjak naik apabila pelan subsidi bersasar diumumkan kelak? Diskusi 8.30 malam
Hidrogen, powered by renewable energy is taking centre stage in shaping the future of our planet. How can Gentari play a role in accelerating a systemic change around policies finances and infrastructures needed for a Just Transition? Tonight 9pm
Apa yang perlu kita fahami tentang krisis yang berlaku di laluan Laut Merah pada ketika ini? Sejauh mana ia beri tekanan kepada rejim Israel dan impaknya terhadap krisis geopolitik di rantau Timur Tengah itu? Diskusi 8.30 malam
Bagaimana peristiwa masa lampau mengajar kita untuk mengharungi cabaran hari ini dan dijadikan asas kepada jangkaan peristiwa yang bakal ditempuhi di masa akan datang? Temu bual bersama Dr. Farish A. Noor di Davos sempena #WEF24 dalam #AgendaAWANI 9 mlm ini di @501Awani
Ketika kempen Pilihan Raya Umum Indonesia (PEMILU) 2024 berbaki kurang sebulan menjelang 14 Februari, siapa dilihat ‘juara’ di media sosial dan apa strategi calon dan parti untuk memikat hati pemilih anak muda? Diskusi 8.30 malam
Tadbir urus Kecerdasan Buatan (AI), belum muktamad lagi. Adakah semakin lama dibiarkan, semakin tinggi risikonya dan boleh mengakibatkan krisis sistemik global? #AgendaAWANI dari Davos sempena #WEF24 9 mlm ini di @501Awani.