Setelah kejatuhan Yerusalem, kekacauan berterusan. Pembunuhan dan pelarian mencerminkan betapa bangsa ini terus menolak pimpinan Tuhan. Walaupun mereka minta petunjuk Tuhan, mereka enggan mentaatinya. Namun, kepada Barukh, penulis Yeremia, Tuhan menjanjikan keselamatan peribadi—bahawa Dia tetap melihat dan memelihara yang setia.