
Sign up to save your podcasts
Or


Episode 114
Berita Besar: Airasia tawar pekerjaan tetap kepada rider syarikat itu
Apa Lagi: Pembikin iPhone, Foxconn metrai perjanjian untuk bangunakan kilang cip di India
Teman Amanz: Konsultan Unit trust dan private retirement scheme didenda
Ramalan: Adakah Google akan membuat satu anak syarikat khas untuk selesaikan masalah mahkamah dan guaman mereka?
Baik / Buruk: Cycle & Carriage akan dinyahsenarai dari bursa
Hantarkan sebarang pendapat, soalan, cadangan, mahupun komen kepada [email protected] ataupun terus DM ke @ibrahimsaninet
Dalam episod khas Hari Malaysia 2022, Amanz bersama dengan Aryati A Rahim, Ketua Kawal Selia (Head of Regulatory Affairs) dari Digi Telecommunications. @ibrahimsaninet dan @505.njwx bincang tentang petugas barisan hadapan, pelancaran rangkaian ataupun ‘network rollout’, dan bagaimana untuk meluaskan capaian internet di Malaysia.
Episod Hari Malaysia Khas ini, dibawakan oleh Digi.
Ep 112
Berita Besar: Celcom Memulakan Ujian 5G Melibatkan Sejumlah Pelanggan Terpilih
Lagi Berita Besar: Menteri - Syarikat Telekomunikasi Jangan Memilih, Bahagikan Kawasan Liputan
Apa Lagi Berita: Yes Perkenal Pelan 5G Tanpa Had Untuk Rumah – RM148 Sebulan, Kelajuan Sehingga 120Mbps
Teman Amanz: YouTube Course Membolehkan Saluran Menawarkan Video Berbayar Seakan Masterclass
Ramalan: TikTok Shop Memilih Ninja Van Sebagai Rakan Kongsi Logistik
Baik / Buruk: Roblox Akan Mula Memaparkan Pengiklanan Pada 2023; Petronas umum penemuan minyak di Suriname
Ikuti perbincangan ini bersama Yem (@ibrahimsaninet) dan Najwa (@505.njwx) hari ini.
Apple baru sahaja menjayakan Acara Khas 2022 mereka yang dinamakan Far Out. Mereka mengumumkan iPhone 14, Apple Watch Siri 8, SE, dan Ultra, serta Airpods Pro Generasi Kedua.
Ikuti perbincangan Yem dan Najwa tentang acara ini dan kenali pelbagai ciri-ciri, strategi Apple, dan langkah seterusnya, untuk syarikat gergasi ini.
Hantarkan pandangan, pendapat, dan soalan kepada [email protected] ataupun IG di @ibrahimsaninet dan @505.njwx hari ini.
Ep 110
Berita Besar: Duta Malaysia ke China sahkan Pencapaian hubungan Malaysia-China di luar jangkaan
Apa lagi: Apple rancang hasilkan iPhone 14 di India
Teman Amanz: Bajet 2023 mungkin jadi belanjawan populis, terbesar menjelang PRU-15
Ramalan: Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong Umum Tambang percuma kepada OKU selama sebulan sehingga 30 Sept
Baik/Buruk: Jho Low bersembunyi di taman tema Disneyland Shanghai?
Episod 109
Berita Besar: DNB Hanya 4 Syarikat Telekomunikasi Berminat Mendapatkan Pegangan
Apa lagi: Maxis Dan U Mobile Dilaporkan Tidak Berminat Mendapatkan Pegangan DNB
Teman Amanz: Syarikat-Syarikat Telekomunikasi Dalam Fasa-Fasa Terakhir Menguji Rangkaian 5G
Ramalan: China Berjaya Mencambah Benih Padi Di Stesen Angkasa
Baik / Buruk: Aplikasi Truth Social milik Donald Trump Masih Tiada Di Android Kerana Belum Diluluskan Google & Facebook Akan Menamatkan Aplikasi FB Gaming Pada Oktober Ini
Ep 108
Berita Besar: Celcom Ingin Memulakan Ujian 5G Kepada Umum Seawal September
Apa Lagi: WhatsApp Melancarkan Perkhidmatan Membeli Barangan Runcit Di India
Teman Amanz: iPhone Pertama Yang Masih Baru Dalam Kotak Berjaya Dilelong Pada Harga Lebih RM158,000
Ramalan: Sony Naikkan Harga Jualan PlayStation 5 Di Malaysia Sebanyak RM200
Baik Buruk: Kini Semua Boleh Daftar Alamat Emel Privasi DuckDuckGo Dengan Akhiran @duck.com dan Mozilla Firefox Untuk Android Akhirnya Menyokong Ciri Mengisi Alamat Secara Automatik
Vietnam telah diumumkan akan membikin MacBook dan Apple Watch untuk Apple. Menggantikan China sebagai kilang utama mereka. Mat Pis dan Yem membincangkan isu-isu ini, serta komentar terhadap kes Najib dan impaknya terhadap dunia teknologi.
Berjaya Food, dengan jenama seperti Starbucks dan McDonalds, kembali bertenaga dan memaparkan pertumbuhan yang memberansangkan. Apakah nasib industri makanan melalui teknologi? Sementara itu, kerenah Elon Musk berterusan.... Kali ini dengan jenaka untuk membeli Manchester United... Ikuti sembang Mat Pis dan Yem dalam episode Podcast Amanz kali ini....
From the publisher's feed

10 Listeners