Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
FAQs about Astro AWANI:How many episodes does Astro AWANI have?The podcast currently has 13,056 episodes available.
August 14, 2018558: Parlimen : 'Tindakan sita Equanimity sah, ikut undang-undang'Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata tindakan menyita Equanimity dibuat selepas Kerajaan Amerika Syarikat bersetuju agar Kerajaan Indonesia menyerahkan kapal tersebut kepada Malaysia.Beliau memberi jawapan kepada pertanyaan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN - Pengerang) yang bertanyakan sejauh mana kebenaran dakwaan peguam ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low bahawa tindakan sita terhadap kapal Equanimity adalah tidak sah dan merampas prosiding negara lain....more6minPlay
August 14, 2018559: Parlimen : Komitmen kerajaan kepada perkara 152 & 153 Perlembagaan PersekutuanPerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan berkenaan komitmen kerajaan Pakatan Harapan terhadap perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat hari ini....more11minPlay
August 14, 2018560: Tuduhan ahli PKR terhadap PM tidak wajarAhli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Wan Saiful Wan Jan mengingatkan segelintir ahli Parti Keadilan Rakyat PKR agar menjaga adab dalam mengeluarkan kenyataan. Beliau menegaskan tuduhan liar dibuat oleh pemimpin PKR terhadap kepimpinan Pakatan Harapan lain adalah tidak wajar. Turut mengulas isu sama adalah Dr Afif Bahardin, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan....more5minPlay
August 14, 2018555: Wanita Malaysia hidup lebih lama banding lelakiKajian yang dihimpun oleh "Malaysian Clearing House for Men's Health" mendapati jangka hayat lelaki di Malaysia lebih pendek dari wanita. Dzulfitri Yusop ada butirannya....more4minPlay
August 14, 2018556: PLKN : Tiada indoktrinasi politikPelaksanaan Program Latihan Khidmat nNegara (PLKN) tidak pernah membabitkan proses indoktrinasi fahaman politik. Jurulatih PLKN Langkawi, Hisham Yahya berkata, sejak menjadi pelatih dan kini sudah menjadi jurulatih, tiada langsung elemen latihan untuk mengajak peserta menyokong mana-mana parti politik. Topik berkaitan politik yang ada dalam latihan PLKN juga hakikatnya membolehkan pelatih memahami hal-hal kenegaraan serta proses demokrasi negara semata-mata....more4minPlay
August 14, 2018557: Program Rehiring Palsu : Sidang Media KP ImigresenSidang media oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkenaan serbuan ke atas Syarikat Daftar Program Rehiring Palsu' di Putrajaya....more14minPlay
August 13, 2018553: 'Transgender mungkin boleh guna tandas OKU'- Fuziah SallehTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh dalam jawapannya ketika ditanya pemberita di Parlimen berkenaan penggunaan tandas oleh golongan transgender berpendapat buat masa ini golongan berkenaan mungkin boleh menggunakan tandas OKU.Selain itu, beliau dalam kenyataannya juga berharap orang ramai untuk cuba memahami dan mendekati golongan ini dalam usaha untuk mengubah mereka kembali ke fitrah....more8minPlay
August 13, 2018554: Mesyuarat JKKMAR : Sidang Media oleh Tun Dr Mahathir MohamadSidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) yang ketiga oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya....more8minPlay
August 13, 2018552: Parlimen : LGBT berkait penyakit mental?, ini jawapan Timbalan MenteriKumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) tidak boleh dianggap sebagai golongan yang menghadapi penyakit mental. Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata jika diteliti golongan ini, kelakuan mereka dilihat berpunca daripada perubahan hormon di dalam otak mereka.Beliau menjawab soalan tambahan daripada Ahmad Amzad Hashim (Pas - Kuala Terengganu) tentang adakah kumpulan LGBT dianggap sebagai satu masalah mental....more4minPlay
August 13, 2018547: Projek kereta nasional ketiga negaraBersama Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif Malaysia, Datuk Madani Sahari bercerita tentang kerjasama antara Malaysia dan negara Asean terutamanya Indonesia dalam membangunkan industri automotif dari Asean untuk Asean....more12minPlay
FAQs about Astro AWANI:How many episodes does Astro AWANI have?The podcast currently has 13,056 episodes available.