Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
FAQs about Astro AWANI:How many episodes does Astro AWANI have?The podcast currently has 13,056 episodes available.
August 07, 2018517: SLIC 2018: Gaya hidup kecekapan tenagaAmalan gaya hidup kecekapan tenaga antara yang dibincangkan di persidangan Smart Living and Innovation Caucus (SLIC 2018).Malik Ridhwan bersama Dr Ir Ahmad Jaafar Abdul Hamid, Pengarah Urusan TNB Energy Services Sdn Bhd bercakap mengenai gaya hidup cekap tenaga....more7minPlay
August 07, 2018515: Pemilihan PKR rai demokrasi?Pengarah Strategi KRA Group, Fareed Rahim memerhati secara rapat perkembangan Pemilihan PKR 2018 dan mengulas mengenai persaingan nama-nama besar dalam pemilihan kali ini....more11minPlay
August 07, 2018521: Dewan Rakyat : Bung Mokhtar mengamuk, mencarutPersidangan Dewan Rakyat hari ini terus dicemari dengan kata-kata kesat, termasuk perkataan lucah ‘F*** Y**’ ketika Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dibentangkan untuk bacaan kali kedua.Pertelingkahan bermula apabila Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah ucapan perbahasan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) mengenai harga barang dan perkhidmatan sekiranya Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan diperkenalkan semula....more5minPlay
August 06, 2018514: Sultan Nazrin : Jangan jadi jaguh untuk ungkit apa yang sudah termaktubSultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar perkara-perkara asas yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan perlu terus dipertahan tanpa kompromi walau berlaku perubahan kerajaan. Titah baginda antara perkara asas tersebut adalah yang menyentuh Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan....more4minPlay
August 06, 2018508: Kita sedang kembalikan semula 'Asian Tiger' - Tun Dr MahathirKerajaan tidak akan mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat malah akan memperbaiki taraf kehidupan semua kaum semampu mungkin.Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perubahan sedang dilakukan ketika ini dengan pelbagai perancangan yang telah direncana dan dilaksana bagi kebaikan rakyat.Ikuti ucapan penuh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 Ogos 2018....more11minPlay
August 06, 2018509: Pemilihan pimpinan PKR, semakin hangatMenjelang pemilihan PKR, melihat kepada senarai pencalonan boleh dikatakan pertandingan kali ini dijangka hebat dan tidak boleh dinafikan wujudnya kem. Wujudkah kem Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga kem Datuk Seri Azmin Ali? Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil melihat dengan lebih dekat pemilihan kali ini dan turut mendapatkan reaksi bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof....more6minPlay
August 06, 2018512: Dunia Viral : Kanak-kanak genius MexicoIkuti berita-berita tular dari seluruh dunia. Disampaikan secara ringkas dan padat....more4minPlay
August 06, 2018513: Isu UEC buat Dewan Rakyat KecohDengarkan jawapan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkenaan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dibangkitkan di Dewan Rakyat....more4minPlay
August 06, 2018510: Mansuh SOSMA: Hanipa cabar Zahid berdebatTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin sekali lagi mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berbahas mengenai isu pemansuhan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Malah beliau juga mahu perbahasan itu ditayangkan di saluran berita Astro AWANI. Adakah dengan pemansuhan SOSMA akan membuka ruang kepada lebih banyak jenayah terancang dan menggugat keselamatan negara?...more9minPlay
August 06, 2018511: AWANI Kelantan: Perkahwinan lelaki dengan budak 11 tahun tidak boleh didaftarPerkahwinan kanak-kanak berusia 11 tahun dengan lelaki berumur 41 tahun yang pernah mendapat perhatian sebelum ini tidak boleh didaftarkan di negara ini. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dr Fuziah Salleh berkata, ini kerana perkahwinan pasangan dari Kelantan dan Thailand itu tidak sah dari segi undang-undang negara....more6minPlay
FAQs about Astro AWANI:How many episodes does Astro AWANI have?The podcast currently has 13,056 episodes available.