Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
FAQs about Astro AWANI:How many episodes does Astro AWANI have?The podcast currently has 13,056 episodes available.
June 28, 2018312: Khairy Jamaluddin : Saingan merebut jawatan Presiden UMNOMenjelang persaingan merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan akan datang, salah seorang calonnya Khairy Jamaluddin bercakap tentang penolakan rakyat terhadap kepimpinan terdahulu.Beliau turut berkongsi manifesto beliau untuk membentuk kabinet bayangan BN sekiranya menang jawatan Presiden UMNO dan apa pula jaminan beliau kepada rakyat sekiranya BN kembali ke tampuk pemerintahan untuk penggal akan datang?.Apa pula reaksi beliau berkenaan usul untuk membuka keahlian UMNO kepada semua kaum dan soal subsidi dan keistimewaan yang diberikan kepada bangsa Melayu?...more13minPlay
June 28, 2018310: Wakil rakyat Pakatan Harapan masih dikritikWakil rakyat Pakatan Harapan masih dikritik kerana masih berfikiran seperti wakil rakyat pembangkang. Loh Sze Yee, ADUN Jalong berkongsi pandangan beliau bersama Shafizan Johari....more6minPlay
June 28, 201822: Anuar Tahir: Saya yang membuat lambang PKRYB Anuar Tahir adalah Ahli Parlimen Temerloh. Beliau merupakan Setiausaha Agung pertama PKR dan juga parti AMANAH. Dengarkan kisah beliau menubuhkan dua parti Pakatan Harapan bersama Ibrahim Sani....more21minPlay
June 28, 2018308: 1MDB punca UMNO ditolak rakyat?Ada yang mengatakan isu kepimpinan pusat adalah punca kepada kekalahan BN dan penolakan calon yang diketengahkan UMNO pada PRU yang lepas. Pelbagai isu di peringkat pusat seperti 1MDB, pengenalan GST dan beberapa lagi isu lain menjadi perhatian rakyat.Dengarkan ulasan tiga calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang akan bertanding pada pemilihan parti akan datang berkenaan isu ini. Mereka ialah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid dan Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya....more13minPlay
June 28, 2018309: Rakaman Penuh Sidang Media Menteri Pendidikan (28 Jun 2018)Ikuti rakaman penuh sidang media Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya....more21minPlay
June 28, 2018311: Hasanuddin Mohd Yunus : Transisi dari aktivis NGO ke ahli politikBersama Dzulfitri Yusop dan tetamu jemputan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat yang juga Naib Presiden Amanah bercerita tentang peralihan beliau dari penggerak badan bukan kerajaan kepada seorang ahli politik.Beliau turut menyentuh soal peranan Parti Amanah Negara dalam pentadbiran negara juga isu Jakim dan badan kerajaan berkaitan agama yang lain....more14minPlay
June 27, 2018307: Anuar Tahir, dari Beseri ke Temerloh. Apa sebabnya?Empat kali tewas dalam pilihan raya sebelum ini atas tiket pelbagai parti. Pada PRU 14 yang lalu, kecekalan Mohd Anuar Tahir yang juga Setiausaha Agung Amanah dalam politik akhirnya berbaloi.Beliau menang di kerusi Parlimen Temerloh menewaskan empat pencabar lain. Beliau bukan anak tempatan, lahir di Beseri, Perlis, apa yang membuatkannya yakin untuk bertanding di Temerloh dan apa pula aspirasi beliau untuk parlimen tersebut? Ikuti wawancara Nazri Kahar bersama beliau....more13minPlay
June 27, 2018306: Hutang, liabiliti & kebankrapan: perspektif tadbir urus negaraMemahami persoalan hutang, liabiliti dan tadbir urus negara bersama Tian Chua, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengasas Inovastra Capital Sdn Bhd. Turut disentuh berkenaan bagaimana peranan rakyat dapat dimainkan dalam memastikan sistem semak dan imbang berjalan dengan telus dan penuh integriti....more12minPlay
June 27, 2018304: Pemilihan UMNO dan komitmen untuk akhiri amalan politik wangJasmine Abu Bakar bersama tetamu undangan Datuk Akhbar Satar, Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) bercakap soal amalan politik wang dan rasuah dalam parti UMNO.Bagaimana untuk menghentikan amalan politik wang dan punca ianya berlaku....more9minPlay
June 27, 2018303: Saingan rebut jawatan Presiden UMNOPenjenamaan, majlis golongan profesional dan kembali pada hala tuju asal. Tiga pengisian berbeza digariskan calon Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin sebelum pemilihan parti diadakan.Ikuti Debat Presiden UMNO 2018 yang bakal diadakan pada 29 Jun ini ini di saluran Astro AWANI....more6minPlay
FAQs about Astro AWANI:How many episodes does Astro AWANI have?The podcast currently has 13,056 episodes available.