Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
FAQs about Astro AWANI:How many episodes does Astro AWANI have?The podcast currently has 13,056 episodes available.
June 12, 2018259: Apa signifikannya hubungan Kuala Lumpur dan Tokyo?Dasar pandang ke timur sememangnya sinonim dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berada di Tokyo untuk lawatan kerja tiga hari yang termasuk menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-24 mengenai Masa Depan Asia, atau Persidangan Nikkei.Apakah signifikannya hubungan di antara Kuala Lumpur dan Tokyo ini?.Bersama Penganalisis Sosio-Politik USM, Prof Dr Sivamurugan Pandian melihat analisis kepada kunjungan Tun M ke Tokyo pada kali ini....more8minPlay
June 12, 201818: Nik Nazmi: Suara anak muda negaraYB Nik Nazmi Nik Ahmad adalah Ahli Parlimen Setiawangsa, Ketua AMK parti PKR, dan Ketua Pemuda Pakatan Harapan. Ibrahim Sani bertanyakan kepada beliau, apakah aspirasi anak muda negara, dan bagaimana beliau akan terjemahkan ini di Dewan Rakyat?...more15minPlay
June 11, 2018258: PDRM serbu rumah bekas pemimpin negara di PutrajayaPolis hari ini melancarkan operasi mencari di sebuah rumah banglo dua tingkat dipercayai milik bekas pemimpin negara di Presint 10 di sini. Operasi dipercayai melibatkan kes berprofil tinggi. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan operasi pencarian sekitar 1.30 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari JSJK Bukit Aman....more13minPlay
June 11, 2018256: Rakaman Penuh Sidang Media Khas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (11 Jun 2018)Ikuti rakaman penuh sidang media Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik di kementeriannya di Putrajaya.Antara isu yang disentuh adalah isu percaturan di pejabat pendidikan daerah dan negeri yang mempunyai unsur-unsur politik kepartian serta isu penyelewengan pemberian kontrak perbekalan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak...more10minPlay
June 11, 2018255: Perlukah kereta nasional kedua?Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan kemungkinan mewujudkan kereta nasional jenama baharu bagi menggantikan jenama Proton yang beliau sifatkan bukan lagi kereta nasional. Perdana Menteri berkata, kemungkinan juga projek ini akan membabitkan rakan-rakan negara Asean lain. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan kerajaan akan mengambil alih semula Proton pada Sesi Dialog Persidangan Nikkei Masa Depan Asia di Tokyo pagi tadi. Hezeri Samsuri Pengarang Urusan Careta Media memberi pandangan mengenai projek kereta nasional kedua ini....more7minPlay
June 11, 2018253: AWANI Terengganu: Terengganu terus jadi destinasi pilihan pelancongSebut sahaja Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas pastinya nama Terengganu singgah di benak fikiran pelancong. Negeri yang kaya dengan pusat pelancongan itu sering jadi tumpuan baik pelancong tempatan atau antarabangsa untuk dijadikan lokasi percutian pilihan.Terengganu juga mempunyai warisan sejarah yang menarik perhatian orang ramai untuk menjengah....more6minPlay
June 11, 2018254: Sidang Media Tun M Pasca Dialog di Persidangan Nikkei (11 Jun 2018)Ikuti sidang media oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Kelab Media Kebangsaan Jepun pasca dialog di Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia di Tokyo, Jepun.Dalam sidang media ini, beliau turut bercakap soal dasar hubungan luar Malaysia, isu Korea Utara, hubungan dagangan Malaysia dan China juga soal pelantikan gabenor Bank Negara yang baru serta perihal masa depan Proton.Beliau turut menitipkan sedikit tips kesihatan beliau kepada hadirin....more13minPlay
June 11, 2018252: Rakaman Penuh Sesi Dialog Tun M di Persidangan Nikkei (11 Jun 2018)Ikuti rakaman penuh sesi dialog Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia di Tokyo, Jepun.Dalam sesi dialog ini antara lain turut menyentuh soal perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) dan hubungan dagangan antara Malaysia dan China. Beliau berada di Tokyo di untuk lawatan kerja tiga hari yang termasuk menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-24 mengenai Masa Depan Asia, atau Persidangan Nikkei....more39minPlay
June 11, 2018251: Rakaman Penuh Ucaptama Tun M di Persidangan Nikkei (11 Jun 2018)Berikut merupakan ucaptama dari Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Persidangan Masa Depan Asia di Tokyo.Ucaptama beliau bertajuk Masa Depan Asia: Memastikan Keterbukaan Asia - Bagaimana Mencapai Kemakmuran dan Kestabilan itu disampaikan di hadapan kira-kira 500 peserta persidangan....more16minPlay
June 11, 2018257: AWANI Johor: Bekas MB Johor bertanding Naib Presiden UMNOPengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Khaled Nordin bertanding Naib Presiden UMNO pada pemilihan akan datang. Beliau berharap ia akan mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada parti di saat kedudukan UMNO pada paras yang paling rendah.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mengumumkan untuk tidak bertanding sebarang jawatan pada peringkat pusat pada pemilihan UMNO yang akan datang....more7minPlay
FAQs about Astro AWANI:How many episodes does Astro AWANI have?The podcast currently has 13,056 episodes available.