Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
FAQs about Astro AWANI:How many episodes does Astro AWANI have?The podcast currently has 13,056 episodes available.
May 28, 2018177: AWANI State [KL & Putrajaya]: Golongan T20 turut merasai kenaikan kos sara hidupIsu kenaikan kos sara hidup bukan sahaja memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah B40, tetapi turut dirasai oleh golongan T20\. Berdasarkan tinjauan di Kuala Lumpur, rata-rata penduduk menyatakan keresahan kerana kuasa membeli mereka mengecil berbanding tahun lepas.Hafiz Marzhuki, Wartawan Astro AWANI ada laporannya....more6minPlay
May 27, 2018174: #TanyaHadiAwang Presiden PAS di AWANI pukul 2 petang iniPasca PRU14, susulan permintaan dan pandangan di media sosial mahukan Astro AWANI melakukan temubual bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Adakah strategi Pas untuk menjadi 'kingmaker' seperti yang dilaungkan pada PRU14 lalu terlaksana atau tidak?. Apa yang dimaksudkan Pas sebagai 'kingmaker'?...more6minPlay
May 25, 2018AWANI Soundbyte #173 : Kemelut politik PerlisProf Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, Penganalisis Politik dan Kajian Antarabangsa UUM mengulas lanjut mengenai kemelut politik di Perlis....more7minPlay
May 25, 2018AWANI Soundbyte #172 : Sidang media Pengarah JSJK Datuk Seri Amar Singh Ishar SinghIkuti sidang media oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkaitan 1MDB....more36minPlay
May 25, 2018AWANI Soundbyte #171 : AWANI Kelantan - Figura politik KelantanPRU14 yang lalu mencatatkan pelbagai catatan sejarah daripada calon yang paling muda sehinggalah ke keputusan penuhnya yang memecahkan penguasaan 60 tahun Barisan Nasional.PRU14 ini juga jadi gelanggang muka baharu politik tempatan, antara yang menarik perhatian adalah Nik Omar Nik Abdul Aziz. Meskipun tewas di DUN Chempaka, pengaruh Nik Omar sebenarnya membantu Pakatan Harapan di peringkat nasional.0:49 - Prof. Dr. Madya Mansor Mohd Noor, Penganalisis Politik, UKM3:31 - Nik Omar Nik Abdul Aziz, Calon Amanah Dun Chempaka...more7minPlay
May 25, 2018Personaliti Malaysia Memilih #5 : "Saya tahu kesederhanaan itu apa, saya jual tiket loteri di jalan", Liew Chin TongLiew Chin Tong adalah bekas Ahli Parlimen DAP selama 10 tahun. Dalam PRU14 ini, beliau tewas kepada satu-satunya calon MCA yang menang di PRU14, iaitu Wee Ka Siong.Ibrahim Sani bersembang dengan Chin Tong tentang pengalaman beliau menjadi wakil rakyat selama 10 tahun...more14minPlay
May 25, 2018AWANI Soundbyte #170 : AWANI Terengganu - Kenali Dr Shamsuri MokhtarSelepas tsunami hijau yang meranapkan BN Terengganu pada PRU14 yang lalu, peralihan kuasa kepada kerajaan yang baru iaitu kerajaan Pas Terengganu berjalan lancar dan terdapat beberapa perkara yang mencuri tumpuan.Ia termasuklah pelantikan Menteri Besar yang baharu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Ru Rendang, Dr Shamsuri Mokhtar....more6minPlay
May 25, 2018AWANI Soundbyte #166 : AWANI Sarawak - Politik Sarawak berubahPasca PRU14 menyaksikan detik baharu di Malaysia, hal sama turut berlaku kepada satu-satunya negeri yang disebut-sebut sebagai deposit tetap Barisan Nasional iaitu Bumi Kenyalang, Sarawak.Wartawan Astro AWANI, Malissa Sahari mendapatkan ulasan Penganalisis Politik, Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berkenaan situasi politik semasa di Sarawak....more7minPlay
May 25, 2018AWANI Soundbyte #167 : AWANI Pahang - Kepelbagaian masyarakat Orang Asli di PahangPahang ada dua suku kaum Orang Asli iaitu Kaum Bateq yang tinggal di Sungai Tembeling dan Kuala Tahan serta suku Kaum Jakun yang tinggal di kawasan Tasik Chini.Bersama Adilla Azam meninjau kepelbagaian masyarakat Orang Asli di Pahang.0:28 - Nashita Dewi Pramaratnam, AJK Kampung Gumum1:17 - Awang Kasim, Tok Batin Kampung Cendahan...more5minPlay
May 25, 2018AWANI Soundbyte #168 : AWANI Perak - GST mansuh, ini kata peniagaLaungan pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), merupakan janji utama Pakatan Harapan sebaik sahaja menerajui tampuk pentadbiran negara. Ipoh, Perak yang semakin pesat membangun dilihat sebagai prospek yang luas untuk mengembangkan perniagaan. Susulan kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 lalu, Wartawan Astro AWANI, Asyraf Hasnan meninjau pandangan pelbagai lapisan masyarakat di Ipoh....more7minPlay
FAQs about Astro AWANI:How many episodes does Astro AWANI have?The podcast currently has 13,056 episodes available.