Audio Pendidikan

Audio Pendidikan

By Kementerian Pendidikan MalaysiaEducation
Download on the App Store

Audio Pendidikan episodes

  • Zahirkan Pantun KOMSAS
    Sekolah Menengah Bahasa Melayu
    PENGENALAN
    Audio Bahasa Melayu yang berjudul Zahirkan Pantun KOMSAS PMR adalah tentang Puisi Melayu Tradisional bagi murid-murid Sekolah Menengah Rendah yang dihasilkan untuk membantu guru dan murid dalam menambah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Bahan ini terdiri daripada genre puisi tradisional iaitu pantun. Bahan ini mempersembahkan gaya menzahirkan pantun dan memahat pengertian makna tersirat dalam setiap bait pantun. Bahan audio ini istimewa kerana bentuk, unsur bunyi, rima, jeda dan diksi bait pantun pilihan dizahirkan dan didodoikan secara berlanggam dengan penuh tertib mengikut etika dan adat istiadat Melayu Lama yang dicungkil kembali dengan adunan lenggok bahasa penyair istana zaman silam oleh penyair pilihan dan digarap pula dalam bentuk irama asli kontemporari, diselitkan dalam dialog lakonan drama sebabak, cetusan rasa dan inspirasi dalam pelbagai situasi supaya penghayatan terhadap pantun tersebut dapat dinikmati secara santai dan bersahaja serta amat sesuai digunakan dalam pengajaran berfokuskan konstruktivisme. Semoga bahan ini dapat memupuk minat dan semangat mencuba di kalangan murid dalam mengasah bakat dan ketrampilan menzahirkan pantun di samping menghayati nilai murni dan estetika yang terdapat dalam pantun-pantun tersebut.
    Terbitan
    Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
    56 min

About Audio Pendidikan

From the publisher's feed

Himpunan Audio Pendidikan terbitan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia