
Sign up to save your podcasts
Or


Rancangan ini mengupas tentang Keluhuran Perlembagaan serta kepentingan perlembagaan kepada masyarakat Malaysia. Murid-murid dibimbing untuk memahami maksud keluhuran yang membawa kepada ketaatan rakyat terhadap Perlembagaan Malaysia.
Rancangan ini mengupas tentang Kuasa Pemerintahan serta kepentingan Kuasa Pemerintahan kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum Diakhir penulis ingin menegaskan tentang sistem pemerintahan yang menjadi tonggak utama pentadbiran negara
Rancangan ini membincangkan tentang perincian pengertian jenayah dan pembahagian tiga hukum jenayah iaitu qisas, hudud dan takzir meliputi jenis-jenis kesalahan, kaedah pensabitan dan syarat pelaksanaan hukuman jenayah Islam.
Rancangan ini membincangkan tentang topik yang diambil daripada Ayat 92, Surah An-Nisa’ Dalam ayat ini, Allah menerangkan dengan terperinci tentang jenayah membunuh tanpa sengaja.
Rancangan ini membincangkan tentang sejarah penubuhan, matlamat penubuhan dan struktur organisasi Mahkamah Syariah. Perana dan bidang kuasa Mahkamah Syariah turut dibincangkan.
Rancangan ini membincangkan maksud hukum wakaf, menyenaraikan rukun serta syarat harta wakaf termasuk kaedah istinbad hukum dengan tepat dan peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi Islam di Malaysia.
Rancangan ini membincangkan pengertian mempersendakan agama. Kupasan terhadap perkara-perkara yang dikategorikan sebagai mempersendakan agama. Terdapat cadangan dalam menangani isu-isu mempersendakan agama.
Rancangan ini menerangkan pengertian alam. Murid akan mempelajari tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Rancangan ini menjelaskan pengertian, cara dan peringkat Nuzul al-Quran. Murid akan mengetahui kepentingan Nuzul al-Quran secara berperingkat dan beransur.
Rancangan ini membincangkan tentang pengertian iman dari segi bahasa dan istilah, tahap keimanan seseorang muslim dan perkara yang boleh membatalkan iman
From the publisher's feed