Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
FAQs about AWANI Global:How many episodes does AWANI Global have?The podcast currently has 133 episodes available.
March 19, 2023AWANI Global: Memahami Perjanjian Laut LepasPerjanjian Laut Lepas atau High Seas Treaty telah dipersetujui pada 4 Mac lalu merangkimi 60% lautan dunia. Ikuti diskusi bersama Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli untuk memahami undang undang laut yang berpaksi kepada konsep warisan sejagat bersama manusia....more28minPlay
March 12, 2023AWANI Global: Bencana Cox’s Bazar & Krisis Kemanusiaan RohingnyaIkuti diskusi bersama Lilianne Fan, Pengerusi, Kumpulan Kerja Hak Pelarian Rohingya, Malaysia mengenai krisis kemanusiaan pelarian Rohingnya di Kutupalong Balukhali....more26minPlay
February 11, 2023AWANI Global: Era baharu hubungan Jepun - MalaysiaNegara Jepun kekal menjadi rakan dagang keempat terbesar Malaysia sejak 2015. Bagaimanakah hubungan strategik kedua-dua negara dalam era pentadbiran baharu ini? Ikuti temuramah khas bersama TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun ke Malaysia....more26minPlay
September 17, 2022AWANI Global: UNGA ke-77 | Dunia Menuju Detik PeralihanPentas Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu ke-77 dibuka semula ketika dunia menghadapi pelbagai konflik global, geopolitik dan krisis iklim dengan tema Detik Peralihan: Penyelesaian Transformatif kepada Cabaran Bersaling Kait. Prof Madya Dr Roy Anthony Rogers menganalisis perhimpunan 193 negara yang bakal berkongsi pandangan mengenai cabaran dan penyelesaian bersama dalam AWANI Global, 17 September, 2022 jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com...more27minPlay
September 10, 2022AWANI Global: Kajian keprihatinan perubahan iklim di Asia TenggaraSejauhmanakah kefahaman dan kebimbangan warga Asia Tenggara mengenai impak perubahan iklim, dasar dan polisi pihak berkepentingan? Ikuti diskusi dan analisis kajian mengenai keprihatinan terhadap perubahan iklim di Asia Tenggara bersama Prof Madya Dr Helena Varkkey dari Jabatan Pengajian Antarabangsa & Strategik, Universiti Malaya dalam AWANI Global....more28minPlay
September 02, 2022AWANI Global: Pengajaran daripada krisis hutang dan ekonomi Sri LankaSri Lanka sedang bergelut menstruktur semula hutang negara berjumlah RM130.08 bilion sejak tercetusnya krisis politik dan kegawatan ekonomi paling buruk tahun ini. Ikuti diskusi dan analisis mengenai krisis hutang dan ekonomi Sri Lanka bersama Dr. Ganeshan Wignaraja dari Overseas Development Institute, London dalam AWANI Global, 3 September, 2022 jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com...more27minPlay
August 27, 2022AWANI Global: Hubungan tegang Taiwan - ChinaIkuti diskusi dan analisis mengenai ketegangan hubungan Taiwan - China dan implikasi kepada hubungan geopolitik AS - China bersama Angeline Tan, Penyelidik Kajian Dasar dan Keselamatan Luar Negeri, ISIS Malaysia dalam AWANI Global, 27 Ogos 2022 jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com...more24minPlay
August 20, 2022AWANI Global: Realiti satu tahun pentadbiran TalibanSetahun pentadbiran Taliban, Emiriah Islam Afghanistan masih bergelut mendapatkan pengiktirafan dunia. Walaupun tahap keselamatan bertambah baik, cabaran dalam tadbir urus ekonomi dan sosial masih jauh ketinggalan. Ikuti diskusi dan analisis Abdul Hai Qanit mengenai pentadbiran Taliban setelah penubuhan Emiriah Islam Afghanistan setahun yang lalu....more26minPlay
August 06, 2022AWANI Global: Konflik Myanmar meruncing, ASEAN tambah tekananTumpuan sekali lagi terarah kepada konflik di Myanmar dalam Mesyuarat Menteri Luar ASEAN minggu ini, meskipun dibayangi kontroversi lawatan Speaker Nancy Pelosi ke Taiwan. Ikuti analisis Dr Roy Anthony Rogers mengenai usaha ASEAN untuk menangani konflik Myanmar yang semakin meruncing....more25minPlay
July 23, 2022AWANI Global: Pembekuan Pekerja Indonesia | Masa untuk ubah sistem?Pada 13 Julai lalu, Indonesia mengenakan pembekuan sementara proses penghantaran pekerja ke Malaysia berikutan pelanggaran perjanjian yang disepakati kedua-dua belah pihak pada bulan April. Apakah sudah tiba masa untuk menukar sistem pengambilan pekerja asing yang melindungi kebajikan dan hak pekerja? Ikuti diskusi dan analisis isu pekerja asing yang sentiasa berhadapan dengan eksploitasi pemerdagangan dan buruh paksa bersama Adrian Pereira, Pengarah North-South Initiative...more27minPlay
FAQs about AWANI Global:How many episodes does AWANI Global have?The podcast currently has 133 episodes available.