Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
FAQs about AWANI Global:How many episodes does AWANI Global have?The podcast currently has 133 episodes available.
December 11, 2021AWANI Global: Landskap hubungan dan kerjasama A.S-ASEANSetiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken bakal melawat Indonesia, Malaysia dan Thailand pada minggu hadapan. Ini satu lagi lawatan penting wakil pentadbiran Biden ke negara-negara ASEAN susulan daripada lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris pada Ogos lalu. Ikuti analisis Prof Dr Sufian Jusoh, Pengarah IKMAS, UKM mengenai sejauhmanakah pentadbiran Biden memandang serius hubungan A.S dengan negara-negara ASEAN. Apakah agenda dan isu penting yang bakal dibincangkan pemimpin ASEAN? Saksikan AWANI Global 11 Disember, 2021 meneroka isu-isu hubungan antarabangsa dan serantau serta kesan kepada Malaysia....more27minPlay
December 04, 2021AWANI Global: Memahami Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) ASEAN-ChinaApakah cabaran dan peluang baharu hubungan ASEAN-China melangkaui 30 tahun sebagai rakan dialog rantau ini? Ikuti diskusi dan analisis Angeline Tan, Penyelidik Penyelidik Kajian Dasar dan Keselamatan Luar Negeri, ISIS Malaysia mengenai perkongsian strategik komprehensif (CSP) ASEAN-China yang dipersetujui bersama di Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China ke-24 baru-baru ini....more26minPlay
October 30, 2021AWANI Global: Myanmar dan Konsensus lima perkara ASEANIkuti diskusi dan analisis Dr Roy Anthony Rogers mengenai kepentingan Myanmar memenuhi Konsensus Lima Perkara ASEAN seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi ASEAN Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Sidang ASEAN Ke-38 dan Ke-39 baru-baru ini....more26minPlay
October 16, 2021AWANI Global: 13 tahun selepas kehilangan Batu PutehPada 8 Oktober yang lalu, kerajaan telah membuat keputusan untuk suatu semakan semula undang-undang berkenaan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh.Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 menyatakan Batu Puteh menjadi milik Singapura sementara Batuan Tengah menjadi milik Malaysia. Ikuti diskusi dan analisis Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, Pensyarah Kanan Undang-Undang Antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia mengenai kepentingan garis sempadan maritim di antara Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebagai fokus menuju ke hadapan dalam AWANI Global....more26minPlay
October 02, 2021AWANI Global: Afghanistan | Sisi pandang Tamim AnsaryIkuti temu bual eksklusif bersama Tamim Ansary, penulis tersohor berasal dari Kabul berketurunan Afghan-Amerika. Antara nukilan beliau yang terkenal adalah sebuah memoir berjudul West of Kabul, East of New York: An Afghan American Story mengenai peristiwa 9/11. Tamim Ansary berkesempatan berkongsi mengenai sejarah, salah faham naratif dan cabaran masa hadapan Afghanistan dalam AWANI Global, Sabtu 2 Oktober 2021 jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com....more28minPlay
September 25, 2021AWANI Global: AUKUS & kapal selam berteknologi nuklear AustraliaPerdana Menteri Australia mengumumkan pada 16 September lalu mengenai kerjasama tiga negara iaitu AUKUS untuk diplomatik, keselamatan dan pertahanan di wilayah Indo-Pasifik bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Dr K.S Balakrishnan berkongsi pandangan mengenai apakah kerjasama industri pertahanan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat....more24minPlay
September 11, 2021AWANI Global: Amerika & Diplomasi Indo-Pasifik Dalam Norma BaharuProf Madya Dr Jatswan Singh, Pengarah Eksekutif Institut Asia-Eropah (AEI), Universiti Malaya menganalisis diplomasi luar Amerika dan kepentingan lawatan Naib Presiden Kamala Harris ke rantau Asia Tenggara baru-baru ini.Ikuti diskusi Sabtu 11 September, jam 9.00 pagi di saluran 501 Astro AWANI dan www.astroawani.com....more24minPlay
August 28, 2021AWANI Global: Transformasi & Kebangkitan Uzbekistan BaharuDuta Besar Uzbekistan ke Malaysia, Ravshan Usmanov berkongsi visi Uzbekistan Baharu sempena hari kemerdekaan ke-30 tahun tanggal 1 September 2021. Kemerdekaan Uzbekistan memperkuatkan pembinaan Asia Tengah yang terdiri daripada negara-negara merdeka pasca Soviet sekaligus membuka peluang baharu bagi negara yang kaya dengan sejarah dan budaya serta kekayaan alam semulajadi. Ikuti diskusi mengenai Kebangkitan Ketiga Uzbekistan dalam AWANI Global, Sabtu 28 Ogos, jam 9.00 pagi di saluran 501 Astro AWANI dan www.astroawani.com....more26minPlay
August 13, 2021AWANI Global: COVID-19 | Cabaran dan dasar belia & wanita masa hadapanHari Belia Antarabangsa 2021 menyatakan golongan belia semasa pandemik ini terpaksa menangani ketidakadilan keselamatan makanan,kehilangan biodiversiti, ancaman terhadap persekitaran dan banyak lagi malah golongan wanita turut terjejas. Ikuti diskusi Tengku Nur Qistina, Penyelidik Kanan, Unit Dasar Sosial dan Perpaduan Nasional, ISIS Malaysia mengenai cabaran dan dasar belia masa hadapan....more27minPlay
FAQs about AWANI Global:How many episodes does AWANI Global have?The podcast currently has 133 episodes available.