AWANI Pagi

AWANI Pagi

By AWANI PagiNewsDaily News
Download on the App Store

AWANI Pagi episodes

  • AWANI Pagi: Usaha menilai semula prinsip & dasar Pendidikan Tinggi Negara
    Kementerian Pengajian Tinggi mengadakan Hari Terbuka Pendidikan Negara 2023, awal minggu ini untuk memupuk semangat terbuka, ketelusan dan kerjasama sesama individu, organisasi dan agensi yang terlibat  dalam ekosistem Pendidikan Tinggi Negara. Diskusi bersama Prof Dr Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi juga akan memperincikan berkenaan cadangan yang diunjurkan oleh Jawatankuasa Menyemak & Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi tersebut, hasil pandangan dan maklum balas dari orang ramai dari penganjuran Hari Terbuka ini.

    #AWANInews
    29 min
  • AWANI Pagi: Gemencheh Boys angkat kisah "The Unsung Hero"
    Astro Shaw membawakan Gemencheh Boys, sebuah naskhah adaptasi kisah sebenar sekumpulan budak kampung yang berjaya menempa sejarah dalam sukan dunia.

    Ikuti temubual AWANI Pagi bersama pelakon Gemenceh boys, Pekin Ibrahim dan kisah benar yang dibawa ke layar perak oleh Shafiq Sharif dan Cikgu Azman.

    30 min
  • AWANI Pagi: Kesiapsiagaan banjir
    Diskusi 8.30 pagi ini membincangkan persediaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk berdepan ancaman banjir yang lazimnya berlaku pada hujung tahun. Bersama Dr Mohd Shahrol bin Abd Wahil, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Sektor Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar, Bahagian Kawalan Penyakit KKM.
    30 min
  • AWANI Pagi: Dadah dan Teknologi
    Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan menganjurkan Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan (SSPDK) 2023 pada 26 Oktober (Khamis) bermula jam 8 pagi hingga 5 petang bertempat di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

    SSPDK 2023 yang mengangkat tema ‘Mendakap Teknologi, Melindungi Masyarakat Malaysia Dari Dadah’ akan melibatkan 40 pembentangan selari iaitu masing-masing 10 bagi trek teras pencegahan AADK, teras rawatan dan pemulihan AADK, teras Penguatkuasaan AADK dan trek komuniti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    30 min

About AWANI Pagi

From the publisher's feed

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita penting untuk memulakan hari anda.