Bersama Datuk Aidid Tajuddin, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) mengenai sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-42 bertemakan Kastam Menggandingi Rakan Kongsi Tradisi dan Baharu Dengan Satu Tekad yang akan dirai 22 Januari ini dengan perasmiannya bakal disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Diskusi bersama Dr Masri Muhamed, Pakar Pediatrik dan Neonatologi, Hospital Pakar Damansara 2 mengenai fakta dan mitos jaundis atau demam kuning kalangan bayi.
Ikuti perkongsian dengan Nana Mahazan, Influencer dan Pembimbing Modul Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI dan Ida Low, Pengurus Pemasaran Kulinari MAGGI mengenai Program Mentor Cukup Berani Maggi, program nasional anjuran Maggi Malaysia.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Dalaman Ara Damansara Medical Centre, Dr Zubin Othman Ibrahim merungkai mengenai fakta dan mitos bersenam pada waktu malam bagi mereka yang bekerja di siang hari.
Diskusi #AWANIpagi bersama dua tetamu, Aiman Roshizam, Pengulas Sukan Astro Arena dan Faiz Gurun, Penyampai Astro Arena membincangkan mengenai pasca kekalahan pasukan Malaysia di tangan Jordan dalam perlawanan pembukaan Piala Sukan Asia 2023 di Doha, Qatar semalam.
Bersama Dr Nor Ain Mohd Rawi, Pakar Perunding Oftalmologi, KL Eye Special Centre untuk diskusi 8.30 pagi Isnin untuk menjawab persoalan mengenai apa itu Retinopati Diabetik, mitos penyakit dan panduan penjagaan mata untuk atasi kesan terburuk penyakit ini termasuk buta.
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham;
📌 Suspek bakar rumah Koo Ham tiada kaitan politik 📌 Hanya segelintir pegawai, anggota polis bermasalah, terlibat jenayah - KPN 📌 MOT umum lima penambahbaikan sempena Thaipusam 2024
25 min
About AWANI Pagi
From the publisher's feed
Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita penting untuk memulakan hari anda.