Perkembangan hari ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam melibatka dua kampung iaitu Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baru Datuk Ibrahim Majid.
Untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan di Simpang Renggam kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar.
Tiada pesakit COVID-19 membunuh diri, demikian kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berhubung kematian seorang pesakit pada Jumaat malam.
Sebaliknya, menurut Ketua Pengarah Kesihatan itu, pesakit dalam pemantauan (PUI) itu disahkan negatif COVID-19 selepas ujian saringan dilakukan ke atas mangsa.
Noor Hisham memaklumkan kementerian kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengesan seramai 5,084 jemaah tabligh yang masih belum menjalani ujian saringan kesihatan berkaitan COVID-19.
Ia termasuk melakukan pengesanan di setiap negeri dalam usaha memastikan kesemua jemaah tersebut hadir ke klinik kesihatan daerah masing-masing.
Ismail Sabri juga memaklumkan proses Nyah Cemar di kawasan berisiko tinggi dan juga rumah ke rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dilaksanakan bermula Isnin ini.
Beliau mencadangkan agar proses nyah cemar itu dilaksanakan serentak oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing dengan keutamaan diberikan di kawasan awam.
Rakyat berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan sekiranya kerajaan tidak mengawal dan mengambil langkah membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.
4 min
About AWANI SoundByte
From the publisher's feed
AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.