Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa mengajak semua ahli Parlimen 'memboikot' persidangan khas Dewan Rakyat pada 2 Mac ini. Menerusi satu hantaran dalam akaun twitter miliknya pada Jumaat, Annuar berkata, tindakan itu jelas tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan serta tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong.