Diskusi mengenai cadangan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mahukan beban guru dikurangkan menjelang awal tahun depan. Komen Pagi mendapatkan reaksi guru dari SMK SANZAC, Kota Kinabalu dan SK Parit 6, Sungai Besar
Memilih Malaysia untuk menyambut ulang tahun ke-10 beliau dalam industri muzik, penyanyi sensasi Indonesia, Afgan mahu peminat melihat sisinya yang berbeza dalam 'Dekade' konsert solo beliau yang akan berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre pada 3 November depan.
Ujian DNA boleh menentukan pelbagai maklumat seseorang, seperti ujian paterniti, ujian salahsilah (ancestry), dan ujian kesihatan. Prof. Dr. Zafarina Zainuddin dari Universiti Sains Malaysia menerangkan perincian ujian DNA untuk maklumat semua.
Wawancara Kamarul Bahrin Haron bersama Pengarah (Strategi) Kumpulan KRA, Amir Fareed Rahim & Hos 'Let's Talk Sharaad Kuttan", Sharaad Kuttan di dalam program 'Agenda AWANI'.
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tugas sebagai PM kali ini amat berbeza berbanding semasa beliau mula menjadi PM ke-4 pada 1981\. Tugas untuk membersihkan struktur kerajaan daripada amalan rasuah dan ketirisan adalah sangat besar.
Ikuti rakaman penuh beliau semasa sesi soal jawab dan ucapan mengenai 'Masa Depan Demokrasi di Asia' di Chatham House, London.